Skip to main content

Hiburan

Edry Alami Muntah-Muntah & Kejang Otot Sejurus Selepas Konsert GenKRU - “Mungkin Sebab Dia Kurang Makan”

Edry Abdul Halim

Sekilas

  • Edry Abdul Halim dari kumpulan KRU mengalami muntah-muntah dan kejang otot selepas konsert GenKRU pada Sabtu, dipercayai akibat kurang makan dan keletihan.
  • Edry memohon maaf atas keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan ketika sidang media selepas konsert dan berterima kasih kepada pasukan perubatan yang membantu.
  • Kumpulan KRU berjaya menghiburkan hampir 12,000 penonton dengan 16 lagu termasuk persembahan bersama artis jemputan seperti Rabbani, Datin Juliana Banos, Elite dan Adam AF2.

Ahli kumpulan KRU, Edry Abdul Halim mengalami muntah-muntah sejurus selepas konsert GenKRU yang berlangsung pada Sabtu.

Menurut abangnya yang juga ketua kumpulan iaitu Datuk Norman, keadaan Edry mungkin berpunca daripada kurang makan sebelum konsert bermula.

“Habis saja persembahan tadi dia terus muntah-muntah. Mungkin sebab dia kurang makan tapi tak ada apa yang serius,” kongsinya.

Sementara itu, Edry yang tiba sedikit lewat sewaktu sidang media selepas konsert tampil memohon maaf kepada media atas keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.

Perjelas Edry, dia turut mengalami kejang otot selepas konsert mungkin disebabkan terlalu penat sewaktu melakukan persiapan.

“Selepas persembahan, badan cramp sikit mungkin sebab terlalu penat kot tapi saya okay.

“Terima kasih kepada pasukan perubatan yang telah membantu saya.

“Minta maaf ya semua,” ujar Edry.

Pada Sabtu, kumpulan KRU yang terdiri daripada Datuk Norman, Datuk Yusry dan Edry berjaya menggamatkan stadium dengan persembahan yang cukup bertenaga dihadapan hampir 12,000 penonton yang hadir.

Pada malam konsert tersebut, mereka telah menyanyikan kira-kira 16 buah lagu termasuklah lagu bersama artis jemputan seperti Rabbani, Datin Juliana Banos, Elite dan Adam AF2.

Must-Watch Video

Advertisement