Skip to main content

Hiburan

Elisya Sandha Menangis Terima Kejutan Gelang Emas Dari Suami - “Yang Buat Saya Menangis Sebab…”

elisya

Pelakon Elisya Sandha tidak dapat menahan air mata apabila menerima kejutan gelang emas daripada suaminya, Uzair Haqimy.

Menerusi perkongsian video di Instagram, Elisya dilihat terkejut sehingga menangis selepas membuka kotak berisi gelang rantai berkenaan.

Advertisement

 

 

 

View this post on Instagram

 

 

 

 

A post shared by Nur Elisya (@elisyasandhaofficial)

“Kenapa bazir duit, tak payah la beli. Kalau saya nak, saya boleh beli sendiri. Simpanlah duit, jangan membazir. Kenapa bazir duit,” katanya dalam video tersebut.

 

Dalam kapsyen hantaran itu, Elisya turut berkongsi cerita di sebalik hadiah istimewa berkenaan.

Katanya, pemberian tersebut tidak disangka-sangka kerana sebelum ini dia hanya menyuarakan hasrat secara bersahaja ketika menemani suami membeli hadiah untuk ibu mentua.

Namun, hadiah itu menjadi bukti pengorbanan suami yang sanggup mengetepikan kepayahan demi membahagiakan isteri.

“Kisahnya kita orang pergi beli emas untuk hari jadi mak mentua. Lepas tu saya ternampak gelang ni, saya cakap dekat suami, ‘cantik kan b? Tapi emas mahal la sekarang, nanti lah beli kalau ada rezeki lebih’.

“The next day dia balik kerja terus surprise me with the bracelet. Honestly yang buat saya menangis sebab it’s never about the price, it’s about the love behind it.

“Even when he’s struggling, he still chose to put a smile on my face. Thank you sayang! Semoga rezeki you semakin murah! Tolong aminkan doa i korangg mashaAllah TabarakAllah,” tulisnya.

Perkongsian itu membuatkan ramai netizen sebak dan terharu melihat kasih sayang pasangan berkenaan. 

Malah, warganet memuji tindakan Uzair yang dianggap suami penyayang kerana tetap berusaha menggembirakan hati isteri walaupun dalam keadaan serba sederhana.

Must-Watch Video

Advertisement