Sekilas
- Ellie Suriaty tampil beri sokongan penuh kepada Kamal Adli selepas kes cerai mereka dengan Uqasha Senrose menjadi perhatian.
- Kamal bertekad untuk terus berjuang dalam kes rumah tangganya dan Ellie mendoakan yang terbaik buatnya sempena Hari Lelaki Sedunia.
- Prosiding cerai pasangan ini bermula Oktober lalu dan akan disambung pada 18 Disember dengan laporan Jawatankuasa Pendamai.
Pelakon prolifik Ellie Suriaty tampil memberi sokongan penuh kepada pelakon Kamal Adli menerusi hantaran di Instagram Stories susulan kes sebutan cerai di mahkamah semalam.
Menerusi hantaran yang dikongsi semula daripada portal hiburan tempatan, Kamal dilaporkan berkata “Saya akan fight sampai Allah kata sudah la Kamal,” dipercayai merujuk kepada perjuangan yang sedang dilaluinya berhubung kes rumah tangganya bersama Uqasha Senrose.
Ellie kemudian menzahirkan doa, semangat dan sokongan buat Kamal sambil menyifatkan aktor itu sebagai seorang lelaki yang baik.
“ALLAH SWT Maha Segala… Hari Lelaki Sedunia buatmu adikku yang baik Kamal Adli,” tulisnya berserta emoji hati.

Terdahulu, Uqasha memfailkan permohonan cerai pada 1 Oktober lalu, manakala prosiding pertama berlangsung pada 22 Oktober lalu.
Prosiding seterusnya dijadualkan pada 18 Disember ini dan akan membabitkan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi menyelesaikan pertikaian antara mereka.
Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira yang berusia 18 bulan.