Skip to main content

Hiburan

Elliza Razak AF3 Bergabung Dengan 9 Artis Dalam ‘Malaysia Selamanya Merdeka’ - “Kemerdekaan Bukan Sekadar…”

Elliza Razak AF3

Sekilas

  • Elliza Razak kembali dengan lagu patriotik terbaru berjudul ‘Malaysia Selamanya Merdeka’ bersama sembilan artis tempatan lain.
  • Lagu ini membawa mesej kemerdekaan, perpaduan, dan kecintaan terhadap tanah air dengan gabungan vokal unik setiap penyanyi.
  • Muzik video lagu ini menggunakan elemen teknologi AI untuk visual yang lebih moden dan kini boleh ditonton di YouTube MoShark Channel.
Advertisement

Penyanyi Elliza Razak, yang dikenali menerusi Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), kembali mencuri perhatian menerusi karya patriotik terbaharu, ‘Malaysia Selamanya Merdeka’ bersama sembilan lagi artis tempatan.

 

Advertisement

Projek istimewa yang diterbitkan oleh MoShark Production itu menghimpunkan 10 penyanyi dalam sebuah karya yang membawa mesej semangat kemerdekaan, perpaduan dan kecintaan terhadap tanah air.

 

Menurut MoShark, idea menghasilkan lagu berkenaan tercetus daripada keinginan untuk menghasilkan sebuah karya yang bukan sekadar menghiburkan, tetapi turut menyampaikan mesej positif kepada masyarakat.

Advertisement

 

“Bagi saya, kemerdekaan bukan sekadar satu tarikh yang diraikan setiap tahun. Ia adalah tentang menghargai keamanan, perpaduan dan pengorbanan generasi terdahulu.

 

“Sebab itu kami mahu menghasilkan sebuah lagu yang boleh dinyanyikan dan dinikmati bersama oleh rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang,” katanya.

 

Penglibatan Elliza bersama sembilan artis lain turut memberikan kelainan kepada lagu berkenaan apabila setiap penyanyi membawa identiti dan warna vokal tersendiri.

 

Menariknya, muzik video ‘Malaysia Selamanya Merdeka’ turut menggabungkan rakaman sebenar dengan elemen teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menghasilkan visual yang lebih moden dan segar.

 

Kerjasama antara Elliza, sembilan artis lain dan MoShark Production itu diharap dapat memberikan nafas baharu kepada karya patriotik tempatan, selain menarik perhatian generasi muda untuk menghayati makna sebenar kemerdekaan.

 

‘Malaysia Selamanya Merdeka’ kini boleh ditonton di YouTube MoShark Channel.

 

Selain Elliza, sembilan lagi artis termasuklah MoShark, Burn AF1, Nine Phyneballerz, Achik The Zikr, Tuah SAJA, Masriezan Masri, Sarhan, Fakhiz dan Ikram Mirwana. 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Must Watch Video

Advertisement