Skip to main content

Hiburan

Elly Mazlein Mahu Undur Diri Dari Sebarang Pertandingan Anugerah - "Saya Cukuplah Sekadar..."

Elly Mazlien

Pengacara dan penyampai radio, Elly Mazlein membuat kejutan apabila mengumumkan mahu mengundurkan diri daripada  menyertai sebarang program berbentuk anugerah selepas ini.

Menurut Elly atau mesra disapa Kak Lina Pom Pom, keputusan itu dibuat selepas dia berasa sudah cukup dengan pencapaian yang pernah diraih sebelum ini dan mahu memberi ruang kepada pengacara lain. 

Advertisement

“Maaf anda silap, saya buat ini untuk meraikan orang Asli Pos Tohoi, saya juga mahu umumkan pengunduran diri dalam sebarang program berbentuk anugerah. 

“Alhamdulillah saya pernah merasa menang dalam kategori Pengacara Paling Popular sebelum ini, saya memberi ruang kepada pengacara yang lain. Saya cukuplah sekadar pemenang di hati majmuk,” katanya. 

Elly berkata demikian sebagai respon terhadap komen seorang individu yang mendakwanya sedang berkempen untuk sebuah majlis anugerah yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Dalam pada itu, Elly juga berterima kasih kepada individu tersebut kerana membuka ruang buatnya untuk memberitahu niat pengunduran dirinya dalam sebarang majlis anugerah. 

“Tak mengapa, bagus juga bagi komen macam tu sekurang-kurangnya majmuk tahu saya nak undur diri dari sebarang pertandingan. terima kasih bantu saya, terus support saya ya. 

"Saya nak ucap terima kasih sebab sekurang-kurangnya dapat saya jelaskan kepada majmuk," ujarnya.

Gempak cuba menghubungi Elly Mazlien bagi mengesahkan perkara tersebut namun tiada respon setakat ini. 

Must-Watch Video

Advertisement