Skip to main content

Viral

Elly Mazlein Pernah Ditawar RM500,000 Untuk Buka Hijab, Berpegang Teguh Prinsip Diri - "Ada Rezeki Saya Tempat Lain"

elly_tudung

Sekilas

  • Elly Mazlein menolak tawaran duta produk bernilai RM500,000 kerana syarat membuka tudung, walaupun tawaran itu sangat lumayan.
  • Elly menegaskan prinsipnya untuk kekal bertudung dan menolak tawaran tersebut secara berhemah tanpa menimbulkan salah faham.
  • Dia mengingatkan syarikat agar tidak memandang rendah kemampuan wanita bertudung sebagai duta produk dan yakin rezeki akan datang dari sumber lain.

Pengacara, pelakon dan penyanyi Elly Mazlein pernah menolak tawaran untuk bergelar duta produk dengan bayaran lumayan bernilai RM500,000 apabila dikehendaki untuk membuka tudung.

Jelas Elly atau nama penuhnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, dia berpegang teguh pada prinsip dirinya untuk tidak akan sesekali menanggalkan hijab meski menerima tawaran dengan bayaran tinggi.

“Saya dapat satu tawaran masa mula-mula berhijab dulu. Memang lumayan, sampai setengah juta ringgit, tetapi syaratnya saya perlu buka tudung.

“Bila saya buat keputusan untuk berhijab, walaupun dibayar macam mana sekali pun, saya tetap dengan keputusan saya,” katanya kepada Gempak.

Elly berkongsi perkara itu ketika ditemui di Warna Lebaran Ariani Fashion Show 2026 yang berlangsung Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Rabu.

Tambah Elly yang dilantik sebagai duta Ariani Luxe pada acara berkenaan, pihak yang menawarkannya sebagai duta itu mengetahui statusnya sebagai wanita bertudung, namun tetap mengemukakan tawaran itu.

Dia bagaimanapun menolak peluang tersebut dengan cara berhemah agar tidak menimbulkan salah faham mana-mana pihak.

“Mereka tahu saya sudah bertudung, sebab itu mereka letak harga setengah juta. Tapi saya beritahu saya tak dapat bekerjasama kalau perlu buka tudung.

“Sekiranya mereka mahu saya jadi duta, prinsip saya tetap akan memakai tudung. Saya percaya akan ada rezeki untuk saya ditempat lain.

“Walau macam mana pun kita nak tolak tawaran, kita kena jawab dengan baik. Saya beritahu secara berhemah dan Alhamdulillah mereka terima keputusan saya,” jelasnya.

Elly turut berpesan agar mana-mana syarikat atau jenama tidak memandang rendah keupayaan wanita berhijab sebagai duta produk.

“Tak salah kalau pilih duta yang bertudung. Rezeki saya mungkin bukan di situ, tapi Allah gantikan dengan yang lain.

“Yang penting sekarang saya kekal dengan prinsip saya untuk terus berhijab,” luahnya.

Must-Watch Video

Advertisement