Skip to main content

Hiburan

Emma Maembong Ikut Tema, Nafi Buat Persiapan Kahwin Dengan DJ Kidd - “Mana Ada Orang Fitting Dekat Public..."

Emma Maembong

Pelakon, Emma Maembong menafikan dakwaan dia bakal mendirikan rumah tangga bersama DJ Kidd dalam masa terdekat selepas tular videonya memakai busana perkahwinan.

Jelas Emma, pakaian yang digayakan hanyalah bersempena dengan tema majlis yang dihadiri.

Advertisement

“Tak baik tau, mana ada orang datang  rehearsal (kahwin) dekat public. Tak ada eh orang kata fitting baju open macam tu dekat public.

“Tak adalah, saya hanya ikut tema majlis sahaja, temanya kena pakai baju traditional perkahwinan, kena datang dengan pasangan jadi saya ikut sahaja. Terkejut juga dengar orang kata Emma nak kahwin dah, saya jadi belum lagi.

“Belum lagi, dalam kad jemputan suruh datang ikut tema jadi saya hanya ikut tema sahaja,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Emma enggan mengulas lanjut mengenai hubungannya dengan DJ Kidd, malah memberi bayangan bahawa dia belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

“Macam saya cakap sebelum ini, saya tak nak ulas macam-macam. Saya pun dah tua, cerita saya dah tak eksklusif.

“Saya bagi momen dulu dekat orang lain, saya tengok pasangan lain bahagia saya pun tumpang love,” ujarnya.

Terdahulu, sepotong video memaparkan pelakon, Emma Maembong bersama deejay kelab malam, DJ Kidd mengenakan busana ala pengantin mendapat perhatian netizen.

Menerusi hantaran dikongsikan DJ Kidd, kedua-duanya tampil sedondon dalam persalinan songket coklat seakan-akan pasangan raja sehari.

Sebelum ini, timbul desas-desus mendakwa pemilik nama sebenar Fatimah Rohani Ismail, 33, itu sudah berkahwin dengan DJ Kidd malah mereka dikatakan pernah bercuti bersama di luar negara.

Namun, Emma menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan tidak mempunyai hubungan istimewa dengan lelaki berkenaan. Abang iparnya, penyanyi Cat Farish turut menyangkal gosip perkahwinan itu dengan mendakwa DJ Kidd hanya obses terhadap Emma.

Untuk rekod, Emma pernah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Shazli Azhar pada 2020 namun berpisah Oktober tahun lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Shariq Gabriel, 5, dan Shakil Aryan Shah, 2.

Must-Watch Video

Advertisement