Skip to main content

Hiburan

Emma Maembong Tampil Sedondon Dengan DJ Kidd, Netizen Tak Sabar Doakan Berjodoh - “Faham Kenapa Emma Pilih DJ Kidd...”

emma

Sepotong video memaparkan pelakon, Emma Maembong bersama deejay kelab malam, DJ Kidd mengenakan busana ala pengantin mendapat perhatian netizen.

Menerusi hantaran dikongsikan DJ Kidd, kedua-duanya tampil sedondon dalam persalinan songket coklat seakan-akan pasangan raja sehari. 

Advertisement

Difahamkan, ia hanyalah tema untuk sebuah majlis aqiqah anak kepada kenalan rapat mereka.

 

@deejaykidd66 Ku Bilang Aku Gak Main Main @emma maembong Outfit By - @ariweddingcouture ♬ original sound - DJ KIDD™️🇲🇾

Bagaimanapun, penampilan tersebut membuatkan ramai warganet teruja dan tidak sabar jika ia benar-benar menjadi kenyataan.

 

“Fattah dan Amira is done. Tunggu yang ni pulak.

“Next time naik pelamin bebetul.

“Sama cantik sama lawa.. Semoga berjodohan hendaknya…

“Cepat la korang ni berjodoh, tak sabar ni.

“Dari cara Emma saya faham kenapa pilih DJ Kidd kalau betul berjodoh. Sekufu dan boleh terima perangai gila-gila masing-masing,” komen beberapa netizen. 

Sebelum ini, timbul desas-desus mendakwa pemilik nama sebenar Fatimah Rohani Ismail, 33, itu sudah berkahwin dengan DJ Kidd malah mereka dikatakan pernah bercuti bersama di luar negara.

Namun, Emma menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan tidak mempunyai hubungan istimewa dengan lelaki berkenaan. Abang iparnya, penyanyi Cat Farish turut menyangkal gosip perkahwinan itu dengan mendakwa DJ Kidd hanya obses terhadap Emma.

Untuk rekod, Emma pernah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Shazli Azhar pada 2020 namun berpisah Oktober tahun lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Shariq Gabriel, 5, dan Shakil Aryan Shah, 2.

Must-Watch Video

Advertisement