Skip to main content

Hiburan

Erma Fatima Pilih Untuk Tak Baca Komen Negatif Di Laman Sosial - “Bila Drama Saya Keluar, Mesti Ada ‘Kenduri’ Kecaman”

ASTROGEMPAK Erma Fatima

Sekilas

  • Erma Fatima memilih untuk tidak membaca komen negatif di platform Threads bagi mengelakkan gangguan emosi dan mengekalkan fokus pada misi menghasilkan karya bermakna.
  • Beliau menganggap kecaman sebagai perkara biasa dalam dunia seni dan hanya menerima kritikan yang membina untuk memperbaiki diri.
  • Erma juga menasihatkan penonton supaya melihat drama dari sudut positif dan tidak terlalu fokus pada kontroversi seperti babak berkemban dalam drama Walid.
Advertisement

Pengarah dan penerbit Erma Fatima memilih untuk tifak membaca komen-komen negatif terutama di platform Threads melibatkan drama terbitan syarikatnya iaitu Walid. 

 

Advertisement

Menurut Erma, dia tidak mahu kecaman daripada netizen itu mematahkan misinya untuk membuat cerita dan mesej yang mahu disampaikan pada penonton.

 

“Saya tak baca komen dan tak peduli kerana saya ada matlamat dan misi membuat naskhah-naskhah itu dan ada mesej yang nak disampaikan. 

 

“Kecaman itu makanan rutin orang seni, dia buat baik pun kena kecam, dia buat jahat pun kena kecam, dia buat cerita bagus pun kena kecam, dia buat cerita tak bagus pun kena kecam.

 

“Saya anggap kalau ada benda yang baik dan kecaman itu boleh memberi manfaat, saya akan ambil kecaman itu dan memperbaiki iman.

 

“Tapi kalau kecaman itu sekadar untuk menjadikannya satu kontroversi dan sudut pandang mereka (netizen) dan sengaja untuk mencetuskan kontroversi pada karya itu, saya tak baca pun,” katanya kepada Gempak. 

 

Erma berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis Viu Together Gather dan Iftar yang berlangsung di Serai Hall, KLGCC Mall, Kuala Lumpur, pada baru-baru ini.

 

Mengulas lanjut, Erma mengakui dia tidak membaca komen negatif di Threads kerana sekarang tengah musim ‘kenduri’ kecaman.

 

“Bila drama saya keluar, mesti ada ‘kenduri’ kecaman, bukan saja drama Walid, Bidaah, Keluarga Itu, Perempuan Itu, Lelaki Itu, Jangan Panggil Aku Gus, jadi sekarang memang bulan kecaman dan saya tak akan buka media sosial.

 

“Saya juga tidak mahu merosakkan hati, kalau saya baca komen, saya tak boleh kawal marah, jawab dalam keadaan marah dan saya akan jadi biadab, jadi lebih baik saya tidak baca komen,” katanya.

 

Ditanya babak berkemban dalam Walid yang dianggap tidak sesuai pada Ramadan pula, kata Erma, dia mahu penonton melihat dari sudut positif.

 

“Mereka yang komen itu adakah dia penulis skrip dan pengarah kerana dia pula suka- suka nak menentukan babak apa yang patut ada atau tidak ada?

 

“Kalau nak cerita babak yang tak patut ada dalam drama, banyak saja dalam drama terbitan produksi lain dan bukan dalam drama Walid saja tapi kenapa tak menyalak?

 

“Asyik nak cari yang buruk saja selamanya, nak jadi ‘mata lalat’, memang kau akan jumpalah tapi cuba ambil dari sudut positifnya,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

ZEKE A0016 Men Polo Shirt Plain Cotton Microfiber Short-sleeved Loose Fit All-match Casual Lelaki Berkolar

ZEKE A0016 Men Polo Shirt Plain Cotton Microfiber Short-sleeved Loose Fit All-match Casual Lelaki Berkolar

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

DaDuHey Women's New Retro Wide Leg High Waist Loose Straight-Leg Pants Mop Trousers

DaDuHey Women's New Retro Wide Leg High Waist Loose Straight-Leg Pants Mop Trousers

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Must Watch Video

Advertisement