Skip to main content

Selebriti

Ernie & Syamel Kongsi Pengalaman Rakam Muzik Video ‘Suasana Raya’ Di Hong Kong - “Muslim-Friendly, Memudahkan Kami Mencari…”

 syamel ernie lagu raya

Sekilas

  • Ernie Zakri dan Syamel kembali bergabung dengan single raya terbaru berjudul ‘Suasana Raya’ yang dirakam di lokasi mesra Muslim di Hong Kong.
  • Video muzik lagu ini menampilkan suasana meriah dan warna-warni Hong Kong yang sesuai dengan konsep gabungan elemen raya tradisional dan moden.
  • Mereka berharap ‘Suasana Raya’ akan menjadi lagu raya popular yang terus dimainkan setiap tahun dan kini boleh didengarkan di semua platform digital.

Penyanyi, Ernie Zakri dan Syamel, kembali bergabung menerusi single raya terbaharu berjudul ‘Suasana Raya’.

Menariknya, lagu ini merupakan hasil kolaborasi istimewa bersama Hong Kong Tourism Board yang turut menampilkan penggambaran muzik video di beberapa lokasi menarik serta destinasi mesra Muslim di sekitar Hong Kong.

Menurut Ernie, Hong Kong merupakan destinasi yang sangat sesuai dengan konsep lagu dan video muzik ini.

"Hong Kong sangat sesuai kerana ia Muslim-friendly dan memudahkan kami mencari pelbagai pilihan makanan halal, antaranya di Islamic Centre Canteen.

“Kami juga berpeluang melawat tempat ibadah seperti Kowloon Mosque. Selain itu, terdapat banyak tarikan pelancongan mesra keluarga seperti Ocean Park.

“Ini juga merupakan satu pengalaman yang sangat bermakna apabila kami dapat menjalani penggambaran sambil meluangkan masa bersama keluarga di sana," jelasnya.

Ernie berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa ‘Suasana Raya’ bersama Ernie Zakri & Syamel di IOI Putrajaya pada Jumaat.

Mengulas lanjut mengenai suasana di sana, Ernie berkata bandar Hong Kong yang vibrant dan dinamik turut menjadi inspirasi kepada konsep keseluruhan video muzik tersebut.

“Suasana di Hong Kong sangat meriah dan penuh warna, dan kami mahu peminat merasai vibe yang sama melalui Suasana Raya.

“Budaya dan persekitaran di sana memberikan elemen visual yang moden dan unik, selari dengan lagu ini yang menggabungkan elemen raya tradisional dan moden," jelasnya.

Dalam pada itu, Ernie dan Syamel juga berharap agar lagu ini akan menjadi salah satu lagu raya yang terus dimainkan saban tahun.

“Kami berharap ‘Suasana Raya’ akan menjadi antara lagu yang menemani detik-detik indah Aidilfitri, dan terus kekal di hati peminat untuk jangka masa yang panjang," ujar Syamel.

‘Suasana Raya’ kini boleh didengarkan di semua platform penstriman digital.

Anda mungkin berminat dengan

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

Must-Watch Video

Advertisement