Skip to main content

Acara

Ernie Zakri, Priscilla Abby Jadi Duta Vera! First All-Women Concert Cipta Rekod Malaysia

Ernie Zakri, Priscilla Abby Jadi Duta Vera! First All-Women Concert Cipta Rekod Malaysia

Sekilas

  • Ernie Zakri dan Priscilla Abby dilantik sebagai duta jenama penjagaan wanita baharu, Vera, yang diperkenalkan oleh Vinda Malaysia.
  • Konsert serba wanita di Surf Beach, Sunway Lagoon mencatat rekod Malaysia Book of Records sebagai konsert wanita pertama dan pengagihan produk haid terbesar secara percuma di Malaysia.
  • Vera menawarkan produk penjagaan haid dengan teknologi V-FIT dan V-FLOW serta menjalankan program pendidikan kebersihan haid untuk pelajar di seluruh negara.
Advertisement

Penyanyi terkenal, Ernie Zakri dan Priscilla Abby kini bergelar duta jenama penjagaan wanita baharu, Vera, yang diperkenalkan oleh Vinda Malaysia.

Pelantikan kedua-dua penyanyi itu turut diserikan dengan penganjuran sebuah konsert serba wanita di Surf Beach, Sunway Lagoon yang berjaya mencatat pengiktirafan Malaysia Book of Records.

Advertisement

Menariknya, konsert berkenaan menghimpunkan barisan penghibur wanita termasuk Ernie Zakri, Priscilla Abby, Vanessa Reynauld, Layla Sania, XONE serta DJ Bambi dan DJ Charisma.

Acara tersebut bukan sahaja meraikan bakat seni wanita, malah mengetengahkan mesej keyakinan diri, sokongan sesama wanita dan kepentingan penjagaan kesihatan haid.

Menerusi penganjuran berkenaan, Vera menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records bagi kategori First All-Women Concert.

Advertisement

Lebih membanggakan, jenama itu turut meraih satu lagi pengiktirafan menerusi kategori The Largest Distribution of Menstrual Products selepas mengagihkan satu juta pek produk haid secara percuma di seluruh Malaysia.

Satu Juta Pek Produk Haid Diagihkan Percuma

Pengagihan tersebut dilaksanakan menerusi pelbagai aktiviti termasuk program di sekolah, kolej, universiti dan tempat kerja.

Inisiatif itu turut memberi manfaat kepada pelajar kurang berkemampuan di beberapa sekolah sekitar Lembah Klang, Perak dan Negeri Sembilan.

Selain pengagihan produk, Vera turut menjalankan program pendidikan kebersihan haid bagi membantu pelajar perempuan memahami keperluan penjagaan diri dengan lebih baik.

Ketua Pengurus Vinda Malaysia, Yapp Pau Ling berkata, pengenalan Vera berteraskan kepercayaan bahawa wanita lebih memahami keperluan dan pengalaman sesama mereka.

“Vera berteraskan satu kepercayaan mudah: wanita paling memahami wanita.

“Janji kami, ‘By Women, For Women, period’, melangkaui produk di dalam bungkusan.

“Kami mahu membina ikatan persaudaraan sesama wanita agar mereka berasa dihargai, disokong dan cukup yakin untuk bercakap tentang haid tanpa rasa malu atau perlu meminta maaf,” katanya.

Menurut Pau Ling, pengagihan percuma satu juta pek produk haid dan penganjuran konsert tersebut merupakan sebahagian daripada usaha jenama itu untuk mendekati wanita dalam pelbagai aspek kehidupan.

Direka Oleh Wanita Untuk Wanita

Vera merupakan jenama penjagaan wanita baharu yang diperkenalkan Vinda Malaysia dengan konsep By Women, For Women, Period.

Rangkaian produknya merangkumi tuala wanita, pelapik seluar dalam serta seluar dalam haid dengan pelbagai pilihan rekaan dan saiz.

Antara ciri yang diketengahkan termasuk teknologi V-FIT dan V-FLOW yang direka untuk memberikan keselesaan serta membantu mengurangkan risiko kebocoran ketika haid.

Pelancaran jenama berkenaan turut disertai peraduan beli dan menang yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai sehingga RM1 juta, termasuk sebuah kereta baharu, beg mewah dan jongkong emas.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

POP MART Hirono Road Journal Series-Plush Doll Pendant Blind Box

POP MART Hirono Road Journal Series-Plush Doll Pendant Blind Box

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

Must Watch Video

Advertisement