Skip to main content

Selebriti

Ernie Zakri Semakin Aktif Didapur, Rupanya Terjebak Jadi ‘Student’ Khairul Aming - “Saya Cuba Banyak Resipi Kecuali Puding Karamel”

Ernie Khairul Aming

Sekilas

  • Ernie Zakri mengakui dia mengikuti resipi yang dikongsikan oleh Khairul Aming dan menganggap dirinya sebagai pelajar personaliti media sosial itu.
  • Resipi Khairul Aming membantu Ernie menjadi lebih aktif di dapur dan dia telah mencuba pelbagai jenis resipi dengan jayanya.
  • Ernie tidak mencuba puding karamel kerana menganggapnya sukar, manakala Khairul Aming dikenali sebagai pencipta kandungan dan usahawan berjaya terutama sepanjang Ramadan.

Penyanyi, Ernie Zakri mengakui dia juga tidak ketinggalan mengikuti resipi yang dikongsikan oleh Khairul Aming dan menyifatkan dirinya sebagai salah seorang pelajar personaliti media sosial terkenal itu.

Menurut Ernie, resipi daripada Khairul Aming banyak membantu dari segi penyediaan hidangan selain berjaya membuatkan dirinya kembali aktif di dapur.

“Tahun ini saya agak aktif kerana saya juga merupakan student Khairul Aming, jadi tahun ini saya memang betul betul nekad.

“Nekad untuk memastikan resipi yang saya belajar itu berjaya. Jadi saya sangat aktif didapur, alhamdulillah saya cuba,” katanya kepada Gempak.

Tambah Ernie lagi, sepanjang tempoh tersebut dia sudah mencuba pelbagai jenis resipi dan kebanyakannya berjaya disiapkan dengan baik.

“Saya memang cuba banyak resipi tetapi saya tak boleh sebut resipi mana paling cemerlang sebab pada saya semua yang saya buat cemerlang.

“Kecuali puding karamel, yang itu saya tak cuba sebab itu memang sukar untuk saya,” ujarnya.

Untuk info, Khairul Aming sememangnya dikenali sebagai figura yang konsisten menghasilkan kandungan berkualiti, khususnya sepanjang bulan Ramadan, sekali gus mengukuhkan jenama peribadinya sebagai pencipta kandungan dan usahawan berjaya.

Anda mungkin berminat dengan

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

YAN YAN Elora Kurung Muslimah Arab Style Elegan

YAN YAN Elora Kurung Muslimah Arab Style Elegan

KURTA PETAK TELUK BELANGA TRADITIONAL LENGAN TIGA SUKU MATERIAL GERMANY COTTON

KURTA PETAK TELUK BELANGA TRADITIONAL LENGAN TIGA SUKU MATERIAL GERMANY COTTON

Bayu Somerset Melour Kebaya Selene

Bayu Somerset Melour Kebaya Selene

Kurta Patih Kosong Relaxed Fit

Kurta Patih Kosong Relaxed Fit

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Must-Watch Video

Advertisement