Skip to main content
Advertisement

Hiburan

Ernie Zakri Tak Teragak-Agak 'Block' Haters, Akui Penat Hadap Komen Negatif - "Kadang-Kadang Terkeluar Juga..."

Ernie Zakri Tak Teragak-Agak 'Block' Haters, Akui Penat Hadap Komen Negatif - "Kadang-Kadang Terkeluar Juga..."

Sekilas

  • Ernie Zakri memilih untuk fokus pada perkara penting dalam kerjaya dan tidak terlalu ambil peduli pandangan negatif orang lain.
  • Dia prihatin tentang kesan kritikan negatif terhadap kesihatan mental rakan artis dan mengambil langkah untuk mengelak membaca komen yang tidak membina.
  • Ernie menghargai teguran yang jujur dan membina sebagai peluang untuk memperbaiki diri dalam bidang nyanyian.
Advertisement

Penyanyi Ernie Zakri memilih untuk tidak terlalu memikirkan pandangan negatif orang lain, sebaliknya memberikan tumpuan kepada perkara yang lebih penting dalam perjalanan kerjayanya sebagai anak seni.

Menurut Ernie, dia menyedari setiap kejayaan yang dikecapi bersama pasukannya pasti ada pihak yang tidak berpuas hati, namun perkara itu tidak seharusnya menjadi beban yang perlu ditanggung olehnya.

Advertisement

“Saya pernah menulis satu status, ‘Tak kira sekecil-kecil kejayaan saya dan pasukan, pasti akan ada juga orang yang tidak berpuas hati dan sebagainya.’

“Pada saya, itu normal. Tetapi saya mengambil langkah untuk meletakkan perkara itu sebagai masalah mereka, bukan masalah saya.

“Sekarang ini, saya lebih kepada mahu tenang sebab kadang-kadang saya rasa sampai dah tak tahu apa yang betul dan salah menjadi seorang penyanyi,” katanya kepada Gempak. 

Advertisement

Ernie berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran dan prapendengaran album terbaharunya, ATMA, yang berlangsung di Menara Symphony, Petaling Jaya pada Jumaat.

Dalam pada itu, Ernie turut meluahkan kebimbangan terhadap kesan kritikan negatif terhadap kesihatan mental rakan-rakan seperjuangannya, terutama apabila kemampuan mereka dalam bidang nyanyian turut dipersoalkan.

“Bayangkan kawan-kawan saya, menyanyi sehebat itu pun dikritik sebegitu. Saya tak boleh nak bayangkan bagaimana kesihatan mental mereka. Sebab sudah semestinya kita sangat down apabila kita membaca kritikan.

“Kadang-kadang, niat mengkritik itu pun kita sudah boleh tahu daripada sudut penulisan mereka. Jadi, saya mengambil langkah untuk menenangkan jiwa, tak baca dan cuba untuk elak.

“Kadang-kadang terkeluar juga di media sosial dan terbaca orang komen cara saya menyanyi. Orang yang kritik ini, kita boleh tahulah niatnya seperti apa. Jadi, sekat sahaja mereka, senang kerja. Ada juga saya terfikir, ‘Kalaulah boleh aku bahasakan mereka-mereka ini.’

“Macam saya katalah, mungkin niat mereka juga mahu mengambil perhatian kita. Jadi, selagi kita tak memberi perhatian, mereka akan terus bersuara dan berkata yang buruk. Pada saya, kalau saya rasa benda itu buang masa, saya mengambil langkah untuk mengabaikan mereka,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Ernie menjelaskan bahawa dia tidak menolak teguran yang baik dan membina kerana menyedari masih ada perkara yang boleh dipelajari untuk memperbaiki diri.

Malah, dia menghargai individu yang berani memberikan pandangan secara jujur tanpa menjadikan teguran terhadap seseorang artis sebagai bahan untuk meraih perhatian orang ramai.

“Saya juga ada baca komen yang sedikit kasar penulisannya, tetapi ada yang baik yang boleh saya ambil. Ada juga yang suka DM saya memberi teguran dan sebagainya.

“Saya sangat sukakan orang-orang seperti itu kerana saya hargai kejujuran mereka. Tetapi dalam masa yang sama, kita tahu niatnya untuk apa. Mereka bukannya sekadar nak tayang pada orang, ‘Aku cukup hebat nak tegur artis ini’,” jelasnya.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement