Pelakon dan penyanyi, Erra Fazira tidak bersetuju dengan pandangan wanita bersolek tebal dianggap sebagai 'red flag' dalam sesebuah hubungan.
Menurut Erra atau nama lengkapnya Fazira Wan Cek, setiap individu berhak mempunyai pandangan dan cita rasa masing-masing namun ia tidak wajar dijadikan alasan untuk menghukum atau merendahkan golongan wanita hanya berdasarkan penampilan luaran.
“Pertama sekali, saya menghormati pandangan beliau. Itu adalah pendapat peribadi dan mungkin selera beliau lebih kepada wanita yang berimej semula jadi atau natural. Setiap orang ada cita rasa masing-masing dan itu tidak menjadi satu kesalahan.
"Itu tidak bermaksud wanita yang bersolek tebal tidak mempunyai ciri-ciri wanita yang baik. Bila kita bercakap tentang solekan, ia hanyalah luaran. Ia adalah satu bentuk penampilan, bukan ukuran hati budi atau akhlak seseorang,” katanya kepada Gempak.
Pemenang Miss Malaysia World 1992 itu turut menegaskan bahawa menyamakan solekan dengan karakter seseorang adalah satu persepsi yang kurang tepat.
“Karakter seseorang dibentuk melalui nilai hidup, cara berfikir, sikap dan pergaulan. Semua itu tidak boleh dinilai hanya dengan melihat luaran. Karakter seseorang dibentuk melalui nilai hidup, cara berfikir, sikap dan pergaulan. Semua itu tidak boleh dinilai hanya dengan melihat luaran,” ujarnya lagi.
Dalam masa sama, Erra turut berkongsi pengalamannya sendiri dalam dunia seni, di mana solekan tebal adakalanya menjadi tuntutan kerja dan sebahagian daripada profesionalisme.
Tambah Erra, wanita masa kini memikul pelbagai peranan dan tanggungjawab, justeru solekan sering digunakan sebagai satu bentuk keyakinan diri serta kesesuaian dengan situasi.
“Dalam kerjaya saya, ada ketika saya perlu bersolek tebal kerana tuntutan kerja. Tetapi itu tidak mencerminkan siapa saya di luar kamera, bagaimana saya sebagai ibu, sebagai isteri atau sebagai individu.
“Wanita zaman sekarang bekerja, berjumpa ramai orang dan memegang tanggungjawab. Solekan bagi sesetengah mereka adalah untuk keyakinan diri, bukan untuk menunjuk-nunjuk.
“Wanita zaman sekarang bekerja, berjumpa ramai orang dan memegang tanggungjawab. Solekan bagi sesetengah mereka adalah untuk keyakinan diri, bukan untuk menunjuk-nunjuk,” jelasnya.
Menurut Erra lagi, rupa paras dan penampilan luaran tidak boleh dijadikan kayu ukur mutlak untuk menilai akhlak seseorang.
Terdahulu, cef selebriti dan penyanyi Datuk Fazley Yaakob memberi pandangan soal penampilan diri, khususnya melibatkan solekan berlebihan dalam kalangan wanita sehingga mengubah rupa wajah sebenar.
Menerusi perkongsian di Threads, Fazley menasihatkan kaum lelaki agar tidak mudah terpesona dengan kecantikan yang terlalu ‘dibina’ menerusi solekan tebal semata-mata.