Skip to main content

Selebriti

Esther Yu Dilantik Sebagai Duta Global Antarabangsa iQIYI, Bakal Buat Kemunculan Di Malaysia

Esther

Sekilas

  • iQIYI International akan melancarkan iQIYI Starship 2026 dengan persinggahan pertama di Malaysia pada 7 April 2026 di Zepp Kuala Lumpur.
  • Duta Global Antarabangsa iQIYI, Esther Yu, akan membuat penampilan khas dan berkongsi kisah di sebalik drama Speed and Love yang dibintanginya.
  • Malaysia dipilih sebagai lokasi pertama jelajah 2026, menunjukkan komitmen iQIYI untuk memperkukuh kehadirannya di pasaran tempatan.

Platform penstriman terkemuka di Asia, iQIYI International dengan secara rasmi mengumumkan bahawa iQIYI Starship 2026 akan melancarkan persinggahan pertamanya di Malaysia pada 7 April 2026.

Istimewanya lagi, pada tarikh tersebut, Duta Global

Antarabangsa iQIYI iaitu Esther Yu bakal membuat penampilan khas di Zepp Kuala Lumpur buat pertama kali.

Berikutan sambutan yang meriah terhadap pelbagai pengaktifan iQIYI Starship di seluruh Asia Tenggara tahun lepas, Malaysia telah dipilih sebagai persinggahan pertama jelajah 2026.

Perkara itu sekaligus mencerminkan komitmen berterusan iQIYI untuk memperdalam kehadirannya di pasaran Malaysia.

Esther Yu telah dilantik secara rasmi sebagai Duta Global Antarabangsa iQIYI pada November tahun lalu. Karya-karya beliau yang terkenal termasuk Love Between Fairy and Devil (2022), My Journey to You (2023), dan Sword and Fairy (2024), boleh didapati di iQIYI International.

Semasa acara tersebut, Esther juga akan memberi respons kepada sokongan padu yang diberikan oleh penonton Malaysia bagi drama asal iQIYI, Speed and Love yang dibintanginya, dan berkongsi kisah disebalik tabir serta pandangan tentang wataknya.

Speed and Love merupakan sebuah drama-C original iQIYI. Berpusat di sekitar dunia perlumbaan kompetitif, siri ini menggabungkan tema pertumbuhan, penemuan diri dan ketegangan emosi.

Sejak pelancarannya, drama ini telah mencetuskan pelbagai perbincangan yang rancak di seluruh Asia Tenggara dan telah muncul sebagai salah satu judul drama-C yang paling banyak diperkatakan di rantau ini.

Anda mungkin berminat dengan

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement