Penyanyi, Fairuz Selamat memaklumkan dirinya akan menjalani pembedahan kecil bagi membuang ketumbuhan yang semakin membesar di bahagian belakang lehernya.
Menerusi perkongsian terbaharu di Instagram, Fairuz bagaimanapun memberitahu hasil pemeriksaan awal menunjukkan keadaan itu tidak membahayakan.
Advertisement
“Ada ketumbuhan di belakang leher saya yang semakin membesar dan merisaukan. Tapi report MRI dan Ultrasound alhamdulillah tidak menunjukkan apa apa yang bahaya,” maklumnya.
Dalam masa sama, Fairuz juga turut memohon doa daripada orang ramai agar proses pembedahan berjalan lancar dan dapat kembali sihat seperti biasa.
“Doakan proses berjalan lancar dan saya dapat sembuh secepatnya dan beraktiviti seperti biasa. Saya minta maaf salah silap saya dan saya mohon doa kalian ya,” mohonnya.
Berikut merupakan perkongsian Fairuz:
 
     
 
                                       
                                       
                                       
                                      