Sekilas
- Fara Mendoza menegur netizen yang sering mempertikaikan penggunaan filter di media sosial dengan menjelaskan filter hanya untuk menyerlahkan penampilan, bukan mengubah rupa secara drastik.
- Fara menegaskan wajah cantik tetap cantik walaupun tanpa filter, dan filter tidak mampu mengubah wajah seseorang secara total.
- Perkongsian Fara mendapat pelbagai reaksi netizen, ada yang setuju penggunaan filter adalah pilihan peribadi, manakala ada yang risau ia boleh mengelirukan persepsi sebenar.
Pelakon, Fara Mendoza tampil menegur sikap segelintir netizen yang gemar mempertikaikan individu menggunakan filter di media sosial.
Menerusi hantaran di platform Threads, Fara menegaskan penggunaan filter hanyalah bertujuan untuk menyerlahkan penampilan dan bukannya mengubah rupa seseorang secara drastik.
Menurutnya, seseorang yang sememangnya memiliki wajah yang cantik akan tetap kelihatan menarik, manakala filter tidak mampu mengubah keseluruhan rupa seseorang.
“Dengki sangat orang pakai filter. Meh sini akak nak cakap. Dik filter is just to enhance, dah memang cantik tu akan cantik.
“Kalau muka kau macam lembu pun takkan berubah jadi kucing, paham?” tegurnya.

Kenyataan Fara itu dipercayai ditujukan kepada segelintir pengguna media sosial yang sering memberikan komen sinis terhadap individu yang menggunakan filter dalam foto atau video yang dimuat naik.
Perkongsian Fara itu juga ternyata mencuri perhatian dan mengundang pelbagai reaksi netizen.
Ada yang bersetuju dengan pandangan Fara dan menyatkaab bahawa penggunaan filter adalah pilihan peribadi, namun tidak kurang juga yang berpendapat penggunaan secara berlebihan boleh mengelirukan persepsi terhadap penampilan sebenar seseorang.