Skip to main content

Hiburan

Fara Salleh Menangis Baca Kisah Kucing ‘Ditidurkan’ Sebab Hidap FIP - “Kena Kecam, Aku Tadah Muka Minta Derma…”

Fara Salleh

Sekilas

  • Seorang personaliti media sosial mendapat kritikan selepas menidurkan kucingnya yang menghidap penyakit Feline Infectious Peritonitis (FIP).
  • Isteri pelawak Shuk Sahar, Fara Salleh, berkongsi pengalamannya berhabis RM16,000 dan mengutip derma untuk merawat kucingnya yang sakit kanser dan FIP.
  • Fara juga sanggup berulang alik antara Johor dan KL untuk memastikan rawatan kucingnya berjalan lancar, dan kucingnya berjaya sembuh dari FIP.

Tindakan seorang personaliti media sosial memilih untuk menidurkan kucingnya yang menghidap penyakit Feline Infectious Peritonitis (FIP) mengundang pelbagai kritikan netizen. 

 

Rata-rata netizen kurang bersetuju dengan tindakan tersebut, malah isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh juga berkongsi pengalamannya menjaga kucing perliharaan yang sakit. 

 

Menerusi perkongsian di Threads, Fara memberitahu dia sanggup berhabis RM16,000 untuk rawatan selain tahan malu mengutip derma bagi menyelamatkan kucingnya.  

 

“Saya berhabis RM16,000 untuk kucing saya selepas disahkan ada kanser tau! Aku kene kecam aku tadah muka minta donation netizen sebab nak selamatkan kucing aku. 

 

“Entah la menangis aku baca kisah kucing kau bunuh. Sementara itu, Tiger (kucing) kanser, aku dapat tahu ‘adik’ kucing lagi satu diagnose FIP,” kongsinya. 

 

Pada perkongsian yang sama, Fara turut berkata dia sanggup berulang alik ke Johor dan KL untuk memastikan keadaan dua ekor kucingnya. 

 

“Kau tak seminggu dua vet aku rushed. Satu kat Johor admitted, satu lagi admitted KL untuk chemo. Alhamdulillah ‘adik’ SURVIVE FROM FIP!” katanya lagi. 

 

Sebelum ini, personaliti itu memuat naik video mengenai kucing peliharaannya, Kibble yang disahkan menghidap penyakit Feline Infectious Peritonitis (FIP) selepas menunjukkan beberapa simptom penyakit berkenaan, beberapa bulan lepas. 

 

Dia berkata (FIP) atau lebih mudah difahami iaitu virus korona itu merupakan penyakit kronik dan memilih untuk menidurkan haiwan kesayangannya itu.

 

Sumber - Threads

Must-Watch Video

Advertisement