Penyanyi dan pelakon, Farahdhiya meluahkan pandangannya mengenai sikap segelintir individu yang gemar mendedahkan aib bekas pasangan selepas berpisah atau bercerai.
Menerusi hantaran di Threads, Farahdhiya menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak matang selain menimbulkan rasa kurang hormat terhadap mereka yang berbuat demikian.
Advertisement
“Antara benda paling red flag ialah apabila seseorang berada dalam hubungan dengan lelaki atau wanita yang bila putus atau bercerai, habis satu dunia dia buka cerita dalam kain, aib bekas pasangan dia.
“Sangat tak matang dan no class. Awak dapat apa eh kongsi aib bekas awak secara terbuka? Saya langsung tak ada rasa hormat kepada orang macam ni,” tegasnya.
Dalam hantaran yang sama, Farahdhiya juga turut mempersoalkan sikap individu yang sanggup memalukan bekas pasangan tanpa memikirkan kesan terhadap keluarga dan anak-anak.
“Tak ada malu ke? Tak kesian dekat keluarga dan anak-anak? Pelik betul. Awak akhirnya nampak sangat terdesak dan kebudak-budakan,” katanya lagi.
“Gunalah akal yang tuhan bagi dengan sebaik baiknya. Jangan lupa,semua orang ada aib masing-masing, jangan sampai aib awak pula yang terbuka,” tulisnya.
Sementara itu, rata-rata netizen juga bersetuju dan memiliki pendapat yang sama dengannya.


Berikut merupakan perkongsian Farahdhiya:
