Skip to main content

Selebriti

Farahdhiya Mohon Doakan A. Aida - “Menggigil Tangan Masa Dapat Tahu, Saya Tak Pernah Lihat Dia Sakit”

Farahdhiya Mohon Doakan A Aida

Penyanyi dan pelakon, Farahdhiya akui terkejut sebaik sahaja mendengar perkhabaran mengenai keadaan penerbit Datuk A. Aida yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, Farahdhiya berkongsi rasa bimbang dan berharap agar semua pihak turut sama mendoakan kesembuhan A. Aida.

Advertisement

“Salam semua. Saya nak mintak tolong doakan kesembuhan buat kakakku @a_aidaproduction Saya difahamkan beliau berada di ICU sekarang ni. 

“Saya sendiri tak dapat jumpa lagi buat masa ni. Menggigil tangan masa dapat tahu berita ini tadi sebab saya tak pernah nampak dia sakit.

“Doaku mengiringimu selalu kakak. Saya tahu kakak adalah seorang wanita yang kuat, saya pasti awak akan dapat mengharunginya kak Aida.

“Semoga Allah melindungi mu dan sentiasa dalam rahmat-Nya. Farah sayang akak,” coretnya

 

 Terdahulu, A. Aida dilaporkan rebah selepas menjalani rawatan fisioterapi di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada pagi Khamis.

 

Difahamkan A. Aida menjalani pembedahan lutut dan berada dalam keadaan normal, namun tiba-tiba rebah selepas sesi rawatan itu dilakukan.

Must-Watch Video

Advertisement