Sekilas
- Farahdhiya menegur sikap individu yang suka bertanya soalan peribadi tentang status perkahwinan tanpa mengenali rapat.
- Dia menegaskan soalan seperti "Kenapa tak kahwin lagi?" boleh menyentuh sensitiviti dan tidak wajar dipersoalkan sesuka hati.
- Farahdhiya mengingatkan bahawa status bujang bukan bermakna tiada pilihan dan lebih baik mendoakan yang baik daripada bertanya soalan peribadi.
Penyanyi, Farahdhiya menegur sikap segelintir individu yang gemar mengajukan soalan peribadi mengenai status perkahwinan seseorang, terutama kepada mereka yang tidak dikenali rapat.
Menerusi perkongsian di Threads, Farahdhiya berpendapat soalan seperti mengapa belum berkahwin tidak sepatutnya dijadikan perkara biasa kerana boleh menyentuh sensitiviti individu yang ditanya.
“Pendapat saya, kalau tak kenal rapat, tak perlu tiba-tiba randomly tanya soalan seperti ‘Kenapa tak kahwin lagi?’, ‘Tak nak kahwin ke?’, ‘Tak ada orang nak ke?’
“Sebab yang kenal rapat pun memang takkan tanya soalan macam tu. Lagi satu, soalan ‘Takkan tak ada orang nak?’” tegasnya.
Jelas Farahdhiya lagi, status perkahwinan seseorang bukanlah sesuatu yang wajar dipersoalkan sesuka hati, apatah lagi jika hubungan dengan individu berkenaan tidak begitu rapat.
Malah, Farahdhiya juga menegaskan bahawa status bujang bukan bermaksud seseorang itu tidak mempunyai pilihan.
“Like seriously? Takut kalau saya letak list orang yang pernah try saya, kot kot nama boyfriend/suami awak pun ada skali,” tulisnya.
Dalam pada itu, Farahdhiya juga berkata sekiranya ada yang benar-benar mengambil berat tidak semestinya perlu mengajukan soalan sedemikian, sebaliknya cukup dengan mendoakan perkara yang baik-baik.
“So jangan normalise tanya soalan yang terlalu peribadi, if you really care sekadar doa yang baik-baik pun kita dah cukup happy dan bersyukur sangat,” coretnya.