Skip to main content

Hiburan

Fathia Latiff Titip Doa Buat Syed Saddiq, Mohon Terus Cekal Hingga Kes Selesai

Astrogempak Fatiya

Sekilas

  • Pelakon Fathia Latiff menyuarakan sokongan dan kata-kata semangat kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, yang sedang menghadapi tempoh mencabar.
  • Fathia berharap Syed Saddiq terus bersabar dan yakin dengan proses keadilan walaupun keputusan rayuan akhir ditangguhkan akibat ketidakhadiran seorang hakim.
  • Syed Saddiq dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan daripada empat pertuduhan, namun Jabatan Peguam Negara telah memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan.
Advertisement

Pelakon, Fathia Latiff menzahirkan sokongan dan kata-kata semangat buat Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang kini berdepan tempoh mencabar.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Fathia berharap Syed Saddiq terus bersabar dan kekal tabah dalam menghadapi segala dugaan yang sedang dilaluinya.

Advertisement

"Saya benar-benar berharap Syed Saddiq terus bersabar dan kekal kuat dalam menghadapi tempoh yang mencabar ini. 

“Kelewatan dan perkara yang tidak dijangka sememangnya boleh mendatangkan rasa kecewa, namun saya berharap beliau terus yakin dengan proses keadilan serta diberikan kekuatan untuk terus bertahan sehingga segala urusan ini diselesaikan,” tulisnya. 

Terdahulu, Syed Saddiq tiba kira-kira pukul 8.50 pagi bagi mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadapnya yang disampaikan panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan; Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais, Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Bagaimanpaun, Datuk Seri Abu Bakar memaklumkan mahkamah menangguhkan keputusan rayuan akhir pihak pendakwaan terhadap Syed Saddiq berikutan seorang daripada hakim dalam panel tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali, bercuti sakit selama dua hari.

Pada 25 Jun 2025, Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan Syed Saddiq, 33, daripada empat pertuduhan itu selepas membenarkan rayuannya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi pada 9 November 2023.

Bagaimanapun, Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan sehari selepas keputusan itu.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement