Pasangan pelakon dan penyanyi, Fattah Amin dan Amira Othman telah pun selamat bergelar sebagai suami isteri dengan sekali lafaz pada Ahad.
Selain perkahwinan, ternyata netizen juga menyuarakan rasa teruja apabila buat pertama kalinya melihat Amira bersalaman dengan seorang lelaki yang juga merupakan suaminya.
Advertisement
Menerusi perkongsian video pendek yang tular di TikTok, jelas menunjukkan Amira kelihatan malu-malu sewaktu Fattah menghulurkan tangan untuk bersalam sebelum mencium tangan isterinya itu.
Amira juga kemudiannya melakukan perkara yang sama namun dengan cepat dia terus mengucap bahagian belakang tangan suaminya itu dengan lembut.
Momen romantik itu ternyata membuatkan netizen berasa gembira dan mendoakan yang baik-baik buay pasangan itu.
Bagaimanapun, tidak ketinggalan ada juga yang mengusik pasangan berkenaan lebih-lebih lagi Amira yang sebelum ini menjaga pergaulan dan batas dengan bukan muhrim.
Antara komen yang diterima adalah:
“Yeay dah halal, kak long dan boleh pegang bang long, diulangi dah boleh pegang”
“Part dia usap tangan tu kenapa aku yang melting, nampak sayang sangat dekat Fattah,”
“Alhmdulillah dah selamat, dorang yang pegang tangan kenapa aku pula yang blushing ni, adoi,”
@jasamoureconcept Replying to @Icelynn 🫧🫧 okay nahhh kita belanja awak semua sikit video fattah amin dan amira othman 🫠🫠🫠 @Fattah Amin @Amira Othman #setulustakdir #fattmira ♬ Hati Hati - Amira Othman
Terdahulu, pasangan itu dinikahkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dengan disaksikan bapa pengantin perempuan.
Pihak lelaki menerima lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak pengantin perempuan.
Amira juga menerima mas kahwin seutas gelang tangan emas.