Skip to main content

Selebriti

Fazley Mohon Berhenti Tabiat Minta Diskaun Kepada Peniaga Kecil Di Bazar - “Orang Yang Berniaga Tu Pun Dah Cuba Sehabis Baik…”

Fazley bazar

Sekilas

  • Datuk Fazley Yaakob menyeru pengunjung bazar supaya berhenti meminta diskaun atau pengurangan harga daripada peniaga kecil.
  • Fazley menjelaskan bahawa tabiat tersebut memberi tekanan dan membuat peniaga berasa serba salah ketika mencari rezeki.
  • Fazley mengajak orang ramai untuk menyokong peniaga dengan ikhlas tanpa bersangka buruk atau mengeluh.
Advertisement

Penyanyi dan Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menyeru pengunjung bazar agar menghentikan tabiat meminta diskaun atau pengurangan harga daripada peniaga kecil di bazar.

Menerusi satu perkongsian di Threads, Fazley berkata tabiat itu boleh memberikan tekanan kepada peniaga selain membuatkan mereka berasa serba salah ketika mencari rezeki.

Advertisement

“Buat mereka yang selalu ke bazar lepas tu tanya ‘Ada diskaun tak kak/bang?’, ‘boleh kurangkan harga tak?’, ‘Boleh bagi extra tak?’

“Mohon berhenti tabiat tak berapa cerdik ni. Orang yang berniaga bazar tu pun dah cuba sehabis baik untuk cari rezeki,” kongsinya.

Tambah Fazley lagi, tindakan meminta harga dikurangkan atau tambahan percuma boleh menyebabkan peniaga berasa seolah-olah mereka kedekut, berkira atau tidak bertimbang rasa.

“Janganlah buat peniaga rasa macam diorang tu kedekut dan berkira, atau buat diorang rasa serba salah.

“Just support seikhlas hati. Kurangkan bersangka buruk dan komplen. Boleh ke?” coretnya.

Berikut merupakan perkongsian Fazley:


Sumber: Threads @fazleyyaakob

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement