Skip to main content

Selebriti

Fazley Yaakob Beri Teguran, Jangan Sibuk ‘Judge’ Pilihan Pasangan Hidup Orang - “Tak Perlu Nak ‘Bitter’, Cari Kelemahan”

IMG 2198

Sekilas

  • Datuk Fazley Yaakob menegur sikap masyarakat yang suka menghakimi individu berkahwin dengan bekas pasangan atau janda, menegaskan tiada salahnya memilih pasangan hidup berdasarkan hati.
  • Fazley mengingatkan orang ramai supaya tidak sibuk mencari kelemahan orang lain dan sebaliknya fokus pada kebahagiaan diri sendiri.

     

Advertisement

Penyanyi dan Chef selebriti Datuk Fazley Yaakob menegur sikap segelintir masyarakat yang gemar menghakimi pilihan hidup orang lain terutamanya melibatkan individu yang pernah berkahwin sebelum ini.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Fazley menegaskan tidak menjadi satu kesalahan untuk berkahwin dengan individu yang bergelar janda atau mempunyai kisah silam.

Advertisement

Malah, kata Fazley setiap individu berhak memilih pasangan hidup masing-masing tanpa perlu dinilai atau dihakimi oleh pihak luar yang tiada kaitan.

“Tak ada salahnya pun kahwin dgn “bekas orang” “Janda dengan excess baggage” “Dulu Isteri si polan” , hati akan tetap memilih siapa ia mahu.

“Korang yang namanya tak disebut di dalam akad “Aku terima nikahnya…” tak perlu nak bitter, nak sibuk judge dan nak mencari kelemahan orang,” tegasnya.

Advertisement

Dalam pada itu, menerusi hantaran yang sama, Fazley juga turut menasihatkan agar masyarakat jangan terlalu mudah mengkritik kebahagiaan orang lain, sebaliknya memberi fokus kepada diri sendiri

“Biasanya orang orang macam ni memang tak berdamai dengan kebahagiaan sendiri, lalu diorang berusaha mencari keseronokan dan kepuasan di dalam mencela kehidupan orang lain.

“Pergilah cari hobi baru ok? Belajar memasak atau baking pun ok!” coretnya.

Sumber: Threads @fazleyyaakob

 

Anda mungkin berminat dengan

Serunding Ayam 500G

Serunding Ayam 500G

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Rendang Nyet Berapi by Khairulaming

Rendang Nyet Berapi by Khairulaming

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

NATUWREL DONNA PISTACHIO SAUCE

NATUWREL DONNA PISTACHIO SAUCE

Sambal Bilis Rangup (200gram)

Sambal Bilis Rangup (200gram)

Must Watch Video

Advertisement