Skip to main content

Selebriti

Fazley Yaakob Pernah Keluar Asrama, Khuatir Jadi Mangsa Buli - “Ada Junior Kena, Sampai Mulut Dimasukkan Seluar Dalam Sendiri”

Fazley Yaakob Pernah Keluar Asrama, Khuatir Jadi Mangsa Buli - “Ada Junior Kena, Sampai Mulut Dimasukkan Seluar Dalam Sendiri”

Sekilas

  • Datuk Fazley Yaakob pernah keluar dari asrama kerana bimbang menjadi mangsa buli selepas melihat seorang pelajar junior dianiaya dengan teruk.
  • Pengalaman itu mendorong Fazley untuk belajar seni mempertahankan diri sebagai persediaan menghadapi pembuli.
  • Fazley menegaskan pentingnya mencari cara pencegahan buli berbanding hanya memberi hukuman kepada pembuli.
Advertisement

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mendedahkan dia pernah mengambil keputusan untuk keluar dari asrama kerana bimbang menjadi mangsa buli ketika di zaman persekolahan,

Menurut Fazley, keputusan tersebut dibuat selepas menyaksikan sendiri seorang pelajar junior menjadi mangsa buli sehingga diperlakukan dengan cara yang keterlaluan.

Advertisement

Pengalaman itu juga secara tidak langsung membuatkan Fazley sedar bahawa dirinya juga berdepan risiko untuk menjadi mangsa buli memandangkan statusnya sebagai pelajar junior ketika berada di asrama.

“Saya dulu pernah duduk Asrama, akhirnya keluar sebab khuatir dibuli juga sebagai junior.

“Bila tengok ada junior kena buli sampai mulut dimasukkan seluar dalam sendiri, saya minta parents pindahkan saya,” kongsinya di platform Threads.

Advertisement

Disebabkan itu juga, Fazley berkata dia mula mempelajari seni mempertahankan diri pada ketika itu sebagai persediaan sekiranya dirinya atau rakan-rakan berdepan situasi sama.

Kata Fazley lagi, pemikirannya pada ketika itu lebih menjurus kepada mempertahankan diri dan berdepan dengan pembuli secara fizikal.

“Saya  start belajar martial arts,  niat untuk pukul je sesiapa yang nak bully saya atau kawan-kawan.

“Tapi now bila dikenang semula, mangsa bully sebenarnya xde cara untuk mengadu, hinggalah dah terlambat.

“At the moment, mencari cara percegahan lebih penting dari mencari cara untuk menghukum pembuli,” tegasnya.

Anda mungkin berminat dengan

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

JEEL Gents Kurta - RM39 only! | No Shrinkage | No Colour Run | Ready Stock | 100% Guaranteed |

JEEL Gents Kurta - RM39 only! | No Shrinkage | No Colour Run | Ready Stock | 100% Guaranteed |

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

Must Watch Video

Advertisement