Skip to main content

Hiburan

Fazlina Ahmad Daud Mohon Maaf Pada Aisha Retno & Designer - “Teguran Sayang Saja, Tak Ada Niat Lain”

Fazlina Ahmad Daud

Sekilas

  • Pelakon Fazlina Ahmad Daud menjelaskan tegurannya kepada penyanyi Aisha Retno hanyalah tanda sayang dan memohon maaf jika ia menggores hati Aisha serta pereka fesyen baju tersebut.
  • Fazlina meminta orang lain supaya tidak mencampuri atau memberi ulasan lanjut mengenai isu teguran fesyen Aisha itu.
  • Komen Fazlina mengenai gaya Aisha memakai kain batik pendek di acara Keretapi Sarong 2026 mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan pengguna Threads.
Advertisement

Pelakon Fazlina Ahmad Daud tampil menjelaskan dia tidak mempunyai niat lain selain hanya ingin memberi teguran tanda sayang terhadap penyanyi Aisha Retno. 

 

Advertisement

Menerusi hantaran di Threads, bintang Kilauan Emas Selebriti 2026 ini juga memohon maaf kepada penyanyi Jodoh Lebaran dan juga pereka fesyen baju tersebut. 

 

“Teguran sayang saja, tak ada niat lain pun. Apa pun saya minta maaf kalau teguran saya itu menggores hati @aisharetno02 dan designer baju tersebut. 

Advertisement

 

“Maafkan saya ya.🙏🙏🙏,” tulisnya. 

 

Pada perkongsian yang sama, Fazlina juga meminta mana-mana pihak tidak mencuba untuk turut serta memberi ulasan mengenai isu tersebut. 

 

“Pada yang lain-lain tu tak payah nak into the scene sangat ek!” katanya lagi. 

 

Sebelum ini,  Fazlina menegur gaya Aisha Retno yang memakai kain batik pendek ketika menghadiri acara Keretapi Sarong 2026.

 

Video penampilan Aisha di acara tersebut mendapat pujian ramai atas kecantikan dan personalitinya di platform Threads.

 

Komen Fazlina mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan pengguna Threads mengenai fesyen batik Aisha.

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Lovito Casual Striped Lace Up Pattern Backless Spring/Summer Light Pink Tank Top for Women L136AD305

Lovito Casual Striped Lace Up Pattern Backless Spring/Summer Light Pink Tank Top for Women L136AD305

Free Size Plus Size Women Long Loose Pants Trousers Seluar Panjang Berkualiti Soft Waist Wide-Leg Casual Long Pants

Free Size Plus Size Women Long Loose Pants Trousers Seluar Panjang Berkualiti Soft Waist Wide-Leg Casual Long Pants

YONEX RUNAWAY TEE

YONEX RUNAWAY TEE

Royal Heritage Embroidered Anarkali Gown for Women | Premium Festive Wear by RANGOLI BAZAAR

Royal Heritage Embroidered Anarkali Gown for Women | Premium Festive Wear by RANGOLI BAZAAR

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Bracelet Bulu/Gila-Gila/Papan Pasir Kikir/PaperClip (1 Pc)

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Bracelet Bulu/Gila-Gila/Papan Pasir Kikir/PaperClip (1 Pc)

Korean Style Cargo Women Long Pants Seluar Panjang Cargo Perempuan 工装裤女

Korean Style Cargo Women Long Pants Seluar Panjang Cargo Perempuan 工装裤女

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement