Penampilan pelakon dan usahawan, Nur Fazura di malam gala tayangan perdana filem Malam Terlarang yang berlangsung pada Khamis lalu nyata mencuri perhatian ramai.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Fazura dilihat beramah mesra bersama barisan pelakon utama seperti Zul Ariffin dan Normah Damanhuri, selain meluangkan masa bergambar serta berinteraksi dengan para peminat yang hadir.
Advertisement
Menariknya, kemunculan Fazura di acara berkenaan turut menjadi tular di media sosial apabila ramai netizen mengaku terus rasa teruja dan ingin menonton Malam Terlarang selepas melihat penampilan pelakon jelita itu.
“And tiba-tiba saya tahu ada filem Malam Terlarang dan terasa nak tengok wayang. Hebatkan Fazura punya aura.
“Sebab Faz, saya nak tengok filem ni. Suka tengok baju tu.
“Sebab Kak Faz baru tahu ada filem Malam Terlarang. Okay, note! She’s aura. Nanti kita pergi tengok filem ni.
“Tengok VTT tu punca saya beli tiket dan tengok wayang semalam.
“Kita dah lama tak layan movie Melayu pun boleh terjebak nak pergi wayang,” komen beberapa netizen.
Dalam pada itu, beberapa penonton turut memuji kekuatan jalan cerita serta kesan seram dalam filem berkenaan.
“Dah tengok cerita ni semalam. Jump scares dia memang menjadi.
“Kawan saya kata Malam Terlarang antara filem seram paling best tahun ni. Jom support.
“Pagi tadi pergi tengok movie ni, hampir penuh hall. Penonton lain pun sama-sama excited,” komen warganet lagi.
Filem Malam Terlarang mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei pada 30 Oktober, selain menemui penonton di Kemboja lebih awal pada 27 Oktober.
Penonton juga berpeluang bertemu barisan pelakon di beberapa pawagam sekitar Lembah Klang pada 1, 2, 8 dan 9 November ini.
Terbitan Astro Shaw, karya ini diinspirasikan daripada kisah sebenar ritual ‘puja pantai’ dan menampilkan pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Sofia Jane, Shasha Abedul, Sabri Yunus dan Normah Damanhuri, bukan sekadar seram, tetapi sarat mesej kemanusiaan dan nilai kekeluargaan.