Skip to main content

Hiburan

Fazura Terima Permohonan Maaf Lan Pet Pet - “Semoga Kejadian Ini Jadi Pengajaran & Teladan Buat Kita Semua”

Fazura

Sekilas

  • Pelakon Nur Fazura memaafkan Lan Pet Pet selepas pelawak itu memohon maaf atas gurauan berbaur lucah yang dibuatnya.
  • Fazura memilih untuk berlapang dada demi ketenangan semua pihak dan mengutamakan redha Allah SWT.
  • Fazura berharap kejadian ini menjadi pengajaran agar perkara sama tidak berulang pada masa hadapan.

Pelakon Nur Fazura memilih untuk memaafkan pelawak dan penyampai radio, Lan Pet Pet yang mengakui kekhilafannya melontarkan gurauan berbaur lucah. 

 

Menurut Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin, dia tidak mahu memanjangkan isu berkenaan dan mengambil keputusan untuk berlapang dada demi ketenangan semua pihak.

 

“Assalamualaikum saudara Lan, susuli permohonan maaf secara terbuka oleh saudara Lan, Faz memilih untuk segera memaafkan sepertimana segera pula saudara Lan memohon maaf atas kekhilafan anda. 

 

“Ini kerana, walaupun hati pernah terguris.. keinginan mencapai redha Allah SWT adalah lebih utama,” kongsinya menerusi platform Threads. 

 

Dalam masa sama, Fazura turut berharap apa yang berlaku dapat dijadikan iktibar bersama agar perkara sama tidak berulang.

 

“Semoga pula kejadian ini menjadi pengajaran dan juga teladan buat kita bersama… mudah-mudahan… amin,” tambahnya.

 

Sebelum ini, Lan dikecam gara-gara membuat lawak berunsur lucah terhadap Fazura ketika membuat siaran langsung di media sosial miliknya. 

 

Lontaran lawak itu mendapat perhatian netizen yang meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan pelawak tersebut.

 

Bagaimanapun, Lan membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengakui kesilapannya yang tidak disengajakan itu. 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

LINEA BAJU KURUNG KEDAH JALUR STRIPE COTTON LINEN

LINEA BAJU KURUNG KEDAH JALUR STRIPE COTTON LINEN

TIARA Premium Embroidery Baggy Kurung

TIARA Premium Embroidery Baggy Kurung

Must-Watch Video

Advertisement