Hos dan personaliti TV terkenal, Ahmad Fedtri Yahya, berkongsi satu pesanan penting yang wajar dijadikan peringatan bersama mengenai amalan mengambil semula air yang tertinggal.
Menerusi satu hantaran di TikTok, Fedtri menasihati orang ramai supaya tidak berpatah balik untuk mengambil semula air minuman yang ditinggalkan, terutama di tempat yang melibatkan persaingan seperti pejabat atau gelanggang sukan.
Advertisement
“Air ni antara medium yang banyak digunakan untuk sihir,” katanya.
Fedtri menjelaskan, air boleh menjadi medium yang digunakan bagi tujuan tidak baik, termasuk unsur mistik dan sihir.
“Saya nak kongsi hari ini satu pesan penting. Kalau kita tertinggal air di satu tempat, tak payah patah balik untuk ambil air tu.
"Terutama kalau dah lama tertinggal di kawasan yang ada persaingan, macam pejabat atau gelanggang sukan.
"Air yang ditinggalkan tu mungkin ada orang letakkan sesuatu, sama ada bahan berbahaya, memabukkan, atau lebih teruk lagi ada unsur-unsur mistik seperti sihir.
Kalau kita tak sedar dan minum, itu boleh memudaratkan," katanya.
Tambah Fedtri, langkah terbaik adalah dengan memperkuatkan keimanan dan sentiasa berdoa agar dilindungi daripada perkara yang tidak baik.
“Kita kena sentiasa berdoa dan minta perlindungan daripada Allah. Itu benteng terbaik supaya kita tak mudah terpengaruh atau terkena perkara yang tidak elok.”