Skip to main content

Hiburan

"Filem Seram Yang Bagus Dan..." - Penonton Indonesia Puji Munafik: Melawan Iblis, Siap Bagi Rating 9/10

"Filem Seram Yang Bagus Dan..." - Penonton Indonesia Puji Munafik: Melawan Iblis, Siap Bagi Rating 9/10

Sekilas

  • Filem Munafik: Melawan Iblis mula ditayangkan serentak di pawagam Indonesia pada 3 September 2026 dan mendapat sambutan dengan elemen seram yang kuat.
  • Seorang penonton berkongsi pengalaman menonton filem ini yang sangat menyeramkan walaupun ditemani rakan, dan memberikan rating 9/10.
  • Filem ini akan ditayangkan di Malaysia pada 1 Oktober 2026 dan menampilkan pelakon baru menggantikan watak asal versi Malaysia.
Advertisement

Filem Munafik: Melawan Iblis ternyata meninggalkan kesan mendalam kepada penonton selepas mula ditayangkan serentak di pawagam seluruh Indonesia pada 3 September 2026.

 

Advertisement

Seorang penonton berkongsi pengalamannya selepas menyaksikan filem berkenaan dan mengakui berdepan rasa takut sepanjang tayangan gara-gara elemen seram yang dipaparkan.

 

Menurutnya, dia tidak pernah menonton filem Munafik versi asal terbitan Malaysia yang dilancarkan pada 2016, justeru tidak dapat membuat perbandingan dengan versi Indonesia yang baru sahaja ditayangkan.

 

“Saya tidak menonton filem Munafik versi asal terbitan Malaysia yang ditayangkan pada 2016, jadi sudah tentu saya tidak boleh membandingkannya dengan filem versi Indonesia yang hari ini ditayangkan serentak di pawagam seluruh Indonesia.


“Sebenarnya saya takut menonton filem seram produksi Indonesia kerana bagi saya ia lebih menyeramkan berbanding filem seram Hollywood. Tetapi hari ini saya berani menonton filem seram ini di pawagam kerana bersama rakan. Jadi sekurang-kurangnya saya rasa lebih selamat,” katanya secara berseloroh.


Bagaimanapun, kehadiran rakan di sisi tidak banyak membantu menghilangkan ketakutannya kerana filem tersebut disifatkan benar-benar menyeramkan.


“Tetapi tetap sahaja saya ketakutan kerana filemnya memang sangat menyeramkan! Saya tidak akan mengulas jalan cerita filem ini, jadi silakan menontonnya di pawagam.


“Tetapi berdasarkan penilaian saya, Munafik: Melawan Iblis ialah filem seram yang bagus dan dihasilkan dengan baik sehingga menjadi sebuah filem yang memang berbaloi untuk ditonton di pawagam.


“Filem ini banyak menampilkan adegan yang membuatkan penonton ketakutan, meremang, terkejut dan menjerit kuat kerana karakter syaitan yang muncul sangat menakutkan.


“Ada yang melayang dan merayap di dinding serta siling rumah. Pendek kata, babak kerasukan dalam filem ini dihasilkan dengan sangat teliti dan baik,” ujarnya.


Penonton ini juga turut memberikan rating sebanyak 9/10 untuk filem 'remake' tersebut.

Munafik : Melawan Iblis dibintangi Acha Septriasa, Dimas Aditya, Nova Eliza, Izabel Jahja, Widi Dwinanda dan Oce Permatasari yang menggantikan watak-watak asal versi Malaysia seperti Nabila Huda, Fizz Fairuz dan Sabrina Ali.

Filem ini merupakan terbitan Unlimited Production dan Skop Productions, serta sokongan oleh Legacy Pictures, AZ Films, dan Komet Productions.

Manakala Astro Shaw bertindak selaku rakan pemasaran di Malaysia Filem yang dijadualkan ditayangkan September ini mengisahkan tentang perjuangan Ustaz Adam dalam menyelamatkan seseorang dari jeratan iblis.

Munafik: Melawan Iblis ini juga akan dibawa ke pawagan di Malaysia pada 1 Oktober depan.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement