Skip to main content
Advertisement

Hiburan

FOMO Nak Tengok BASS Depan Mata! Gelagat Ibu Ini Buat Netizen Terhibur - “Amboi Mak…”

FOMO Nak Tengok BASS Depan Mata! Gelagat Ibu Ini Buat Netizen Terhibur - “Amboi Mak…”

Sekilas

  • Seorang pengguna Threads, Yaya Hazali, berkongsi gelagat ibunya yang teruja menghadiri majlis kenduri rakyat Syed Saddiq dan Bella Astillah di Muar sehingga tidak lalu makan.
  • Majlis kenduri rakyat itu dihadiri lebih 10,000 tetamu dari pelbagai negeri termasuk Singapura, Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan.
  • Syed Saddiq dan Bella sah bergelar suami isteri pada 10 Oktober 2026 dan akan mengadakan majlis resepsi seterusnya di Kota Kinabalu pada 31 Oktober ini.
Advertisement

Seorang individu mencuri perhatian selepas berkongsi gelagat ibunya yang teruja menghadiri majlis kenduri rakyat Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan pelakon, Bella Astillah, di Muar, Johor pada Ahad.

Menerusi perkongsian di Threads, individu yang dikenali sebagai Yaya Hazali berkongsi perbualan dalam kumpulan keluarga yang memaparkan keterujaan ibunya menghadiri majlis resepsi pasangan itu sehingga dikatakan tidak lalu makan.

Advertisement

“MAK AKU FOMO GI KENDURI BASS. SAMPAI TK LALU MAKAN 😭🙏🏼,” tulisnya."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat ibu Yaya yang dipercayai lebih teruja untuk melihat pasangan pengantin dari dekat berbanding menikmati juadah yang disediakan.

“Kebanyakan yang pergi nak tengok pengantin saja, tak kisah pasal makan kot. Nanti aku di Sabah pun macam tu juga, tiada masa nak bersesak ambil makanan.

Advertisement

“HAHAHAHHA kelakarnyaa mak engko 😭

“Lawa mak sis tangkap gambar pengantin. Tak gegar haaaa.

“Hahahahaha amboi mak sampai tak lalu makan

“Mak-mak datang bukan nak makan sangat. Diorang nak tengok Bass dari dekat je.

“Comelnya your mom 😂😍,” komen netizen.

Untuk rekod, lebih 10,000 tetamu hadir memeriahkan majlis resepsi pasangan pengantin baharu itu yang berlangsung di Muar, Johor pada Ahad.

Majlis bertemakan kenduri rakyat itu bukan sahaja menghimpunkan penduduk setempat, malah turut menerima kehadiran tetamu dari pelbagai lokasi termasuk Singapura, Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan.

Kehadiran ribuan tetamu itu sekali gus memperlihatkan sokongan serta doa orang ramai buat pasangan berkenaan yang kini memulakan kehidupan baharu sebagai suami isteri.

Terdahulu, Syed Saddiq dan Bella sah bergelar suami isteri pada 10 Oktober 2026 dengan sekali lafaz.

Pasangan itu dinikahkan oleh Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri dengan mas kahwin sebanyak RM500.

Selepas mengadakan majlis resepsi di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) serta kenduri rakyat di Muar, pasangan itu dijadualkan mengadakan satu lagi majlis resepsi di Kota Kinabalu, Sabah pada 31 Oktober ini.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement