Skip to main content

Hollywood

Foto Hidup Melarat Pernah Tular, Bintang Lilo & Stich, Daveigh Chase Meninggal Dunia

ASTRO GEMPAK lilo (1)
Advertisement

Bintang Lilo & Stich, Daveigh Chase dilaporkan meninggal dunia selepas dimasukkan ke hospital di Los Angeles kerana beberapa komplikasi kesihatan.

Chase meninggal dunia pada usia 35 tahun pada 17 Julai, seperti dilaporkan TMZ.

Advertisement

Selain terkenal sebagai peminjam suara Lilo pada tahun 2002, Chase juga meraih populariti menerusi filem The Ring itu diketahui menjalani kehidupan yang cukup ‘buruk’ sejak beberapa tahun lalu.

Bapanya, John David Schwallier mengatakan Chase sudah lama menjadi gelandangan dan hidup bersama kekasihnya, Ray Hernandez.

Malah kehidupan sukar bintang itu pernah menjadi bualan apabila foto dan video yang menampilkan dirinya dalam keadaan tidak terurus serta sangat kurus tersebar pada penghujung tahun 2025.

Chase diketahui mengalami ketagihan dadah dan enggan diselamatkan apabila menghilangkan diri selepas kakak tirinya cuba menyelamatkan pelakon itu daripada kehidupan sukarnya.

Sementara itu, bekas pengurusnya memberitahu California Post, Chase memiliki jutaan ringgit yang tidak terusik hasil pekerjaannya dalam bidang hiburan selepas terjerumus dengan najis dadah.

Chase hanya berusia 8 tahun sewaktu meminjamkan suaranya dalam filem animasi popular itu. Dia bukan hanya menerima bayaran hasil lakonan tetapi turut mendapat sebahagian bayaran hasil penjualan barangan dari jenama sama termasuk produk yang mengunakan suaranya.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement