Sekilas
- Foto Bella Astillah beraya di rumah tunangnya, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq, sekitar dua tahun lalu kembali tular di Threads.
- Foto tersebut mengundang keterujaan peminat yang menantikan perkahwinan pasangan ini pada 10 Oktober 2024.
- Syed Saddiq dan Bella mengumumkan tarikh pernikahan mereka dalam program MeleTOP sebelum ini.
Foto penyanyi dan pelakon, Bella Astillah yang beraya di rumah Ahli Parlimen Muar yang juga tunangnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sekitar dua tahun lalu kembali mencuri perhatian selepas tular semula di Threads.
Menerusi hantaran yang dimuat naik pada 14 April 2024, Bella difahamkan hadir ke kediaman Syed Saddiq sebagai tetamu ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Foto tersebut kembali muncul di feed pengguna Threads baru-baru ini, sekali gus mengundang keterujaan peminat yang menantikan hari bahagia pasangan tersebut yang bakal disatukan pada 10 Oktober nanti.
“Weii muka mereka sama kat siniiii ❤️❤️❤️
“Tahun depan dah boleh raya sebagai suami isteri dah. Yeay 😍”
“Datang dari masa depan… foto ni tetiba viral balik. OMG, sama giler muka.”
“Dah sekarang tagline baru ke YB @syedsaddiq... kesabaran akan membawa kebahagiaan hingga ke Jannah. Aamiin.”
“Tetiba keluar balik posting ni… BASS dah nak kahwin dah 10.10.2026 yeayy!! Tunang 28.3.26 hari tu. Happynya 😍 Betul-betul jodoh rahsia Allah, Alhamdulillah.”
Ada juga netizen yang berseloroh seolah-olah sedang meninggalkan pesanan daripada masa depan kepada Syed Saddiq.
“Hi YB, saya dari masa depan 😙”
“Tahun depan beraya as husband and wife dahhh hehe. Tak sabarnya bulan 10 ni.”
“Tiba-tiba naik balik dekat feed 🫣”
Terdahulu, Syed Saddiq dan Bella mengumumkan bakal disatukan sebagai suami isteri pada 10 Oktober depan selepas berkongsi tarikh pernikahan mereka menerusi program MeleTOP.