Skip to main content

Filem

The Furious Dilabel Filem Aksi Terbaik Dekad Ini, Joe Taslim & Yayan Ruhian: “Ini Kerja ‘Orang Gila’”

Astro Gempak furious

Sekilas

  • Filem The Furious arahan Kenji Tanigaki mendapat pujian hebat sebagai Filem Aksi Terbaik Dekad Ini dengan markah 100% di Rotten Tomatoes selepas tayangan di Festival Filem Antarabangsa Toronto.
  • Pelakon aksi terkenal Joe Taslim dan Yayan Ruhian memuji kerja tangan pengarah yang luar biasa dan menganggap filem ini sangat berbeza serta mengubah genre filem aksi di dekad baharu.
  • Filem ini mengangkat kisah pemerdagangan manusia dan menampilkan watak seorang bapa yang sanggup berbuat apa sahaja untuk menyelamatkan anaknya, menjadikan ia sangat menarik untuk ditonton tanpa gangguan.

The Furious yang merupakan arahan Kenji Tanigaki bukan naskhah biasa. Karya yang menggabungkan aktor aksi terbaik Asia Tenggara terdiri daripada Mo Tse, Joe Taslim, Brian Le, Yayan Ruhian dan Joey Iwanaga ini telah mencetak prestasi cemerlang pada mata pengkritik filem.

Filem Hong Kong yang akan memulakan tayangan perdana seluruh dunia pada 12 Jun ini disifatkan sebagai Best Action Film of The Decade (Filem Aksi Terbaik Dekad Ini). Naskhah yang mengangkat kisah pemerdagangan manusia ini juga diberi markah penuh atau 100% oleh web filem terkenal, Rotten Tomatoes selepas debut tayangan di Festival Filem Antarabangsa Toronto ke-50.

Dengan semua predikat-predikat positif yang diperoleh, dua bintang Indonesia yang telah mencetak banyak pencapaian di dunia antarabangsa terutama dalam kepakaran melakonkan lagak aski, Joe Taslim dan Yayan Ruhian sepakat menyifatkan The Furious sebuah filem yang dibikin oleh ‘orang gila’.

“Kami tidak bias ya, setelah saya tonton beberapa kali dan meletakkan diri di posisi penonton sebagai pencinta filem aksi juga dan menjadi orang yang memahami kerja ini (lakon aksi), saya fikir ‘orang gila’ mana yang bikin kerja seperti ini.

“Saya bingung ya, ‘orang gila’ mana yang bikin kerana baru pertama kali ada filem aksi seperti. Sebagai pemainnya saya bangga. Sebagai penonton, saya bingung,” ujar Joe Taslim dengan Yayan yang duduk di sebelahnya ketawa dan bersetuju.

Mereka kemudian memuji dan menyifatkan kerja tangan anak didik Donnie Yen ini sebagai di luar jangkaan.

“Sebab jika dilihat macam mustahil, tapi setelah difikir semula bagaimana mengabungkan aksi dengan koreografi seperti yang disusun Kenji, sebenarnya masuk akal,” tambah Yayan.

Yayan, 57, dan Joe, 45, yang bukan calang-calang dalam gelanggang filem aksi, malah cukup terkenal lewat naskhah seperti The Raid dan The Night Comes For Us (dua filem yang menggabungkan mereka) juga menyifatkan label Filem Aksi Terbaik Dekad Ini yang diberi kepada The Furious sebagai layak.

“Layak”, ujar Yayan yang memainkan karakter pembunuh upahan yang membunuh lewat cara ‘tradisional’, memanah.

Beliau kemudian menyambung: “Kalimat yang banyak saya dengar daripada mereka yang telah menonton dan tahu tentang lagak aksi dan koreografi, mereka kata filem ini luar biasa.

“Mereka juga bingung ya, ‘boleh jadi macam ini?’ Semuanya bersatu dan mengalir dengan baik di filem ini. Malah kalau boleh saya bilang, The Furious adalah filem aksi yang paling berbeza pernah ada di dekad ini.”

Memegang karakter Navin, seorang wartawan dan juga bapa yang mencari anaknya yang diculik kerana jenayah pemerdagangan manusia, mengatakan adil untuk The Furious dilabel sebagai Filem Aksi Terbaik Dekad Ini.

“Fair (adil). Filem ini menjadi filem aksi yang mengubah genre filem aski di dekad baharu. Ia juga telah menginspirasi pembikin filem aksi termasuk daripada segi pembikinan, tidak malas dan harus bekerja keras untuk menghasilkan karya. Ia juga telah meneruskan ombak filem aksi terbaik untuk ditonton,” ujar Joe.

Dan di akhirnya, Joe dan Yayan yang ditemui pada sesi eksklusif di ibu kota padi Ahad, meninggalkan pesan.

Kata mereka: “Kena kenyang dan pergi ke tandas dahulu sebelum masuk menonton filem ini. Kerana setelah filem ini berjalan dan mengetahui seorang bapa akan melakukan apa sahaja untuk anaknya, anda sudah tidak boleh ke tandas. Tertinggal lima minit, maka habis.”

Anda mungkin berminat dengan

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

POH KONG 999.9/24K Thank You Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Thank You Gold Wafer Coin

Must Watch Video

Advertisement