Skip to main content

Filem

The Furious: Dilabel Filem ‘Complete Package’, Penonton Puas Hati - “Boxing Fight Memang Gila! Lakonan Pelakon Padu!”

The furious sky dan zul

Sekilas

  • Filem aksi tempatan The Furious: Pertaruhan Maruah menerima reaksi positif dengan pujian terhadap jalan cerita yang sarat emosi, kekeluargaan dan persahabatan.
  • Babak pertarungan dalam gelanggang tinju dipuji kerana koreografi yang kemas, realistik dan penuh intensiti, menunjukkan latihan berbulan para pelakon.
  • Filem arahan Heng Aik Siong ini akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 28 Mei 2026, menampilkan Zul Ariffin, Sky Iskandar dan Ikmal Amry sebagai pelakon utama.

Filem aksi tempatan The Furious: Pertaruhan Maruah terus mencuri perhatian peminat filem selepas tayangan awal yang berlangsung baru-baru ini menerima pelbagai reaksi positif daripada penonton.

Rata-rata penonton meluahkan rasa puas hati terhadap naskhah terbitan ACT 2 Pictures bersama GSC Movies, Astro Shaw dan Sunstrong Entertainment itu.

Malah mereka menyifatkan filem itu bukan hanya sekadar memaparkan aksi pertarungan semata-mata, malah sarat dengan emosi, kekeluargaan dan juga persahabatan.

Seorang penonton yang dikenali sebagai Fareeq Zakwan menyifatkan The Furious: Pertaruhan Maruah sebagai antara filem aksi tempatan terbaik pernah ditontonnya.

Menurutnya, filem tersebut hadir dengan pakej lengkap pelbagai emosi termasuklah lakonan pelakon utamanya iaitu Zul Ariffin, Sky Iskandar dan Ikmal Amry yang disifatkan berjaya menampilkan keserasian yang sangat meyakinkan di layar perak.

“The Furious memang antara local action movie yang aku rasa complete package!

“Bukan sekadar pasal boxing, tapi cerita ni banyak sentuh tentang family, brotherhood, maruah dan pengorbanan.

“Lakonan abang  @zul_ariffin , @skyiskndr dan @ikmalamry memang padu. Chemistry semua nampak real, lagi-lagi bila scene yang melibatkan brotherhood dan struggle masing-masing,” kongsinya di platform Threads.


Tambahnya lagi, babak pertarungan terakhir dalam gelanggang tinju menjadi antara momen paling mencuri perhatian kerana koreografi aksi yang kelihatan kemas, realistik dan penuh intensiti.

Selain itu, Fareeq juga menyifatkan filem tersebut tidak menyajikan aksi kosong, sebaliknya mempunyai ‘jiwa’ yang mampu memberi kesan kepada penonton.

“And honestly… last boxing fight scene tu crazy. Fight choreography memang nampak solid.

“Hasil training berbulan para pelakon memang jelas nampak dalam setiap fight scene. Nampak kemas, real dan penuh intensity.

“Bukan action kosong semata, tapi ada jiwa. The Furious: Pertaruhan Maruah memang wajib tengok! Solid 9.5/10!” coretnya.

Dalam pada itu, seorang lagi penonton dikenali sebagai Hazziq turut berkongsi keterujaannya selepas menonton filem berkenaan.

Menurutnya, The Furious: Pertaruhan Maruah merupakan antara filem terbaik tahun ini dan berjaya memberikan pengalaman tontonan yang memuaskan.

Sama seperti Fareeq, Hazziq juga turut memuji babak pertarungan di dalam gelanggang yang disifatkan sangat realistik, dibantu dengan pergerakan kamera, sinematografi dan aksi pertarungan yang menyerupai perlawanan tinju sebenar.

“One word @act2pictures is back! Sumpah puas gila tengok citer ni. One of best movie 2026 so far! Emosi, plot story, dendam, marah semua ada.

“Masa diorang fight dalam ring sumpah best gila! Camera work, cinematography, fighting movement macam tengok real boxing match.

“I would rewatch for second time! Not just boxing movies it family bonding,” kongsinya.

The Furious: Pertaruhan Maruah menampilkan Zul Ariffin sebagai teraju utama bersama Sky Iskandar, Ikmal Amry, Sandra Lim, Zamarul Hisham dan Marisa Yasmin.

The Furious: Pertaruhan Maruah merupakan sebuah filem arahan Heng Aik Siong yang diterbitkan oleh ACT 2 Pictures bersama GSC Movies, Astro Shaw dan Sunstrong Entertainment.

Filem ini mengangkat kisah dua beradik yang kembali bersatu selepas maruah keluarga mereka tercalar apabila nama arwah bapa mereka dihina secara terbuka, sekaligus mencetuskan perjalanan penuh konflik antara maruah dan dendam.

The Furious: Pertaruhan Maruah dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 28 Mei 2026.
 

Anda mungkin berminat dengan

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Must Watch Video

Advertisement