Skip to main content

Selebriti

The Furious: Penangan Watak Danial, Ramai Mula ‘Benci’ Ikmal Amry - “First Time Rasa Meluat, Menyampah, Nak Tumbuk Tengok Ikmal”

Ikmal Amry The Furious

Sekilas

  • Ikmal Amry berjaya membawa watak Danial dalam filem The Furious: Pertaruhan Maruah dengan lakonan yang mantap sehingga mencetuskan pelbagai reaksi penonton.
  • Watak Danial mendapat perhatian kerana sikap antagonisnya yang mengundang rasa marah dan menyampah, menunjukkan keberkesanan lakonan Ikmal.
  • Filem ini mengisahkan dua beradik yang bersatu kembali selepas maruah keluarga mereka tercalar, dan telah ditayangkan di pawagam seluruh negara sejak 28 Mei 2026.

Lakonan mantap pelakon, Ikmal Amry menerusi watak Danial dalam filem aksi, The Furious: Pertaruhan Maruah berjaya mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan penonton.

Menerusi perkongsian netizen di media sosial, rata-rata mengakui watak Danial antara karakter paling memberi kesan sepanjang penceritaan berlangsung kerana sikap dan tindakannya yang mengundang rasa marah serta menyampah penonton.

Bagaimanapun kebencian itu bukan dituju kepada Ikmal, sebaliknya ia menjadi bukti keberkesakan lakonannya sehingga berjaya membuatkan penonton benar-benar beremosi.

Menurut penonton, pembawaan Ikmal dilihat cukup meyakinkan menerusi ekspresi wajah, emosi dan bahasa tubuh yang berjaya menghidupkan watak Danial sehingga ada yang mengakui rasa ‘annoyed’ atau terganggu setiap kali karakter itu muncul di layar.

Selain itu, penonton juga turut memuji keberanian Ikmal membawa karakter antagonis yang mempunyai sisi emosi dan konflik tersendiri sehingga meninggalkan impak mendalam kepada penonton.

The Furious: Pertaruhan Maruah menampilkan Zul Ariffin sebagai teraju utama bersama Sky Iskandar, Ikmal Amry, Sandra Lim, Zamarul Hisham dan Marisa Yasmin.

The Furious: Pertaruhan Maruah merupakan sebuah filem arahan Heng Aik Siong yang diterbitkan oleh ACT 2 Pictures bersama GSC Movies, Astro Shaw dan Sunstrong Entertainment.

Filem ini mengangkat kisah dua beradik yang kembali bersatu selepas maruah keluarga mereka tercalar apabila nama arwah bapa mereka dihina secara terbuka, sekaligus mencetuskan perjalanan penuh konflik antara maruah dan dendam.

The Furious: Pertaruhan Maruah telah menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 28 Mei 2026.


 

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Must Watch Video

Advertisement