Skip to main content

Filem

The Furious: Pertaruhan Maruah Angkat Kisah Kekeluargaan & Aksi Tinju Penuh Emosi

AstroGempak the furious

Sekilas

  • Filem aksi drama tempatan, The Furious: Pertaruhan Maruah, menggabungkan elemen tinju, konflik kekeluargaan, serta tema maruah dan dendam dalam naratif penuh emosi.
  • Filem ini merupakan debut pengarah Heng Aik Siong dan menampilkan Zul Ariffin sebagai teraju utama bersama barisan pelakon lain yang mantap.
  • Malam Gala telah berlangsung pada 19 Mei 2026 dan filem ini akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 28 Mei 2026.
Advertisement

Industri perfileman tempatan terus merancakkan tahun ini dengan sebuah filem aksi drama penuh intensiti berjudul The Furious: Pertaruhan Maruah.

The Furious: Pertaruhan Maruah menggabungkan elemen pertarungan tinju, konflik kekeluargaan serta tema maruah, dendam dan pengorbanan dalam sebuah naratif yang sarat emosi.

Advertisement

Filem ini dipersembahkan oleh gabungan penerbit terkemuka iaitu ACT 2 Pictures Sdn. Bhd, Golden Screen Cinemas Sdn. Bhd, Astro Shaw Sdn. Bhd dan SunStrong Entertainment, dengan sokongan daripada Kementerian Komunikasi dan Digital serta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), manakala pengedaran rasmi dijalankan oleh GSC Movies.

Filem ini merupakan debut pertama buat pengarah baru Heng Aik Siong, yang selama ini menjadi pembantu pengarah kepada pengarah terkemuka Adrian Teh. 

Menariknya, di dalam The Furious: Pertaruhan Maruah, mereka bersama-sama membawakan visi filem aksi tempatan yang menonjolkan pertarungan fizikal di gelanggang, serta pertarungan emosi di dalam hubungan kekeluargaan yang rapuh.

The Furious: Pertaruhan Maruah menampilkan Zul Ariffin sebagai teraju utama bersama Sky Iskandar, Ikmal Amry, Sandra Lim, Zamarul Hisham dan Marisa Yasmin.

Filem ini mengangkat kisah dua beradik yang kembali bersatu selepas maruah keluarga mereka tercalar apabila nama arwah bapa mereka dihina secara terbuka, sekaligus mencetuskan perjalanan penuh konflik antara maruah dan dendam.

Malam Gala The Furious: Pertaruhan Maruah telah berlangsung dengan meriah pada 19 Mei 2026 di GSC Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur.

Filem ini akan mula menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 28 Mei 2026.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement