Skip to main content

Selebriti

The Furious: Watak Hakim Buat Sky Iskandar Lebih Hargai Ibu - “Sama Ada Seorang Anak Itu Sedar Atau Tidak…”

Sky Iskandar ibu

Sekilas

  • Sky Iskandar berkongsi bahawa wataknya sebagai Hakim dalam filem The Furious: Pertaruhan Maruah membuatkan dia terimbau kembali hubungan dan pengorbanan ibu tersayang.
  • Filem ini mendapat sambutan positif dengan pujian terhadap gabungan aksi, emosi, dan lakonan para pelakon termasuk Zul Ariffin dan Sky Iskandar.
  • The Furious: Pertaruhan Maruah mengisahkan dua beradik yang bersatu semula selepas maruah keluarga mereka tercalar, dan akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 28 Mei 2026.
Advertisement

Pelakon, Sky Iskandar mengakui wataknya sebagai Hakim dalam filem aksi The Furious: Pertaruhan Maruah telah membuka ruang buat dirinya mengimbau kembali hubungan bersama ibu tersayang.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Sky berkata naskhah itu memberi kesan emosi  terhadap dirinya apabila jalan cerita yang dipersembahkan membuatkan dia terkenang kembali fasa tertentu dalam kehidupannya suatu ketika dahulu.

Advertisement

Malah kata Sky, pengalaman menjadi Hakim dalam filem itu secara tidak langsung membuatkan dia lebih memahami pengorbanan seorang ibu terhadap anak-anak.

“The Furious mengajarkan saya yang kasih sayang seorang ibu tiada batasnya, sama ada seorang anak itu sedar ataupun tidak.

“Aku pun pernah ada chapter itu dengan mak aku dulu haha. Tak sangka dapat mainkan balik perasaan tu dalam filem. Love you, ma,” coretnya.

Terdahulu, The Furious: Pertaruhan Maruah mula mencuri perhatian ramai selepas tayangan awalnya mendapat reaksi positif daripada penonton.

Rata-ratanya memuji gabungan aksi, emosi dan lakonan para pelakon dilihat berkesan selain mempunyai keserasian yang baik di layar perak.

The Furious: Pertaruhan Maruah menampilkan Zul Ariffin sebagai teraju utama bersama Sky Iskandar, Ikmal Amry, Sandra Lim, Zamarul Hisham dan Marisa Yasmin.

The Furious: Pertaruhan Maruah merupakan sebuah filem arahan Heng Aik Siong yang diterbitkan oleh ACT 2 Pictures bersama GSC Movies, Astro Shaw dan Sunstrong Entertainment.

Filem ini mengangkat kisah dua beradik yang kembali bersatu selepas maruah keluarga mereka tercalar apabila nama arwah bapa mereka dihina secara terbuka, sekaligus mencetuskan perjalanan penuh konflik antara maruah dan dendam.

The Furious: Pertaruhan Maruah dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 28 Mei 2026.

Anda mungkin berminat dengan

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

Seluar Jeans Lelaki Cargo 6 Pocket Acid Wash Cargo Jeans kain ( Non Stretchable ) straight Cut Seluar Cargo Jeans

Seluar Jeans Lelaki Cargo 6 Pocket Acid Wash Cargo Jeans kain ( Non Stretchable ) straight Cut Seluar Cargo Jeans

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

Must Watch Video

Advertisement