Skip to main content

Berita Tempatan

Gabung Pop & Rap, Diana Danielle Lancar Lagu Raya 'Raya Macam Mana?' Bersama Francis Roman

Astro Gempak raya macam mana

Sekilas

  • Diana Danielle dan rapper Francis Roman melancarkan single raya terbaru berjudul 'Raya Macam Mana?' dengan pendekatan moden dan kontemporari.
  • Lagu ini menonjolkan semangat perpaduan dengan lirik dalam pelbagai bahasa termasuk Mandarin, serta mesej bahawa Aidilfitri boleh diraikan oleh semua latar budaya.
  • Video muzik rasmi menampilkan suasana meriah sambutan Hari Raya seperti persiapan baju raya, juadah tradisional, dan rumah terbuka, kini boleh ditonton di YouTube.

Pelakon dan penyanyi Diana Danielle kembali memeriahkan suasana Aidilfitri tahun ini menerusi single raya terbaharu berjudul 'Raya Macam Mana?' yang dihasilkan bersama rapper meningkat naik, Francis Roman.

Lagu tersebut hadir dengan pendekatan yang lebih segar dan kontemporari, sekali gus memberi kelainan daripada kebanyakan lagu raya tempatan yang lazimnya menampilkan unsur nostalgia dan tradisi.

CEOMAN Entertainment Sdn Bhd dalam berkata, pendekatan itu secara tidak langsung menonjolkan semangat perpaduan apabila rakyat Malaysia saling meraikan budaya antara satu sama lain.

"Lagu itu diperkukuhkan dengan segmen rap bertenaga daripada Francis yang menambah warna kontemporari pada naskhah tersebut.

“Pada masa sama, mesej yang disampaikan cukup jelas bahawa sambutan Hari Raya Aidilfitri boleh difahami dan diraikan oleh sesiapa sahaja, walaupun datang daripada latar belakang budaya yang berbeza,” katanya.

Dalam karya tersebut, Francis mengajukan pelbagai persoalan mengenai sambutan Hari Raya, manakala Diana pula menjawab sambil menjelaskan tradisi perayaan yang sering dilakukan oleh masyarakat.

Sebagai tambahan, Diana turut menyelitkan beberapa lirik dalam bahasa Mandarin yang mencerminkan usaha beliau mempelajari bahasa tersebut serta menggambarkan kepelbagaian budaya yang wujud dalam masyarakat Malaysia.

Kehadiran segmen rap yang dinyanyikan oleh Francis memberikan sentuhan moden kepada lagu ini, sekali gus menjadikannya lebih dinamik dan sesuai dengan selera pendengar generasi masa kini. 

Pada masa sama, mesej yang disampaikan menekankan bahawa kemeriahan Aidilfitri boleh diraikan oleh semua tanpa mengira latar belakang budaya.

Bagi melengkapkan pelancaran single ini, video muzik rasmi turut diterbitkan dengan menampilkan suasana meriah sambutan Hari Raya. Visual video tersebut memaparkan Diana dan Francis bersama rakan-rakan mereka yang mula merasai kemeriahan perayaan.

Antara babak yang dipaparkan termasuk persiapan memakai baju raya, kesesakan perjalanan pulang ke kampung serta menikmati pelbagai hidangan tradisional seperti nasi impit, rendang dan Snek Ku.

Selain itu, momen pertemuan semula ahli keluarga serta suasana rumah terbuka yang meriah turut menjadi elemen utama dalam video muzik tersebut. Gerak tari santai yang dikoreograf bersama oleh Francis juga menambahkan lagi kemeriahan visual lagu tersebut.

'Raya Macam Mana?' bukan sekadar lagu raya biasa, sebaliknya membawa mesej perpaduan dan keharmonian masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan bahasa setiap kali Syawal menjelang.

Video muzik rasmi lagu tersebut kini boleh ditonton di YouTube.

Anda mungkin berminat dengan

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Must-Watch Video

Advertisement