Skip to main content

Hiburan

Gagal VBAC, Intan Najuwa Pilih Bersalin Czer Demi Keselamatan Bayi – “Saya Dah Cuba Macam-Macam…”

Intan Najuwa

Sekilas

  • Pelakon Datin Intan Najuwa berkongsi pengalaman tidak berjaya melakukan VBAC kerana kedudukan bayi yang tidak mengizinkan selepas hampir 40 minggu kandungan.
  • Dia mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan caesarean elektif demi keselamatan bayi dan dirinya.
  • Intan bersyukur dengan doktor yang merawat dan proses pembedahan yang lancar, serta menerima ketentuan dengan penuh redha.
Advertisement

Pelakon Datin Intan Najuwa berkongsi pengalaman bersalin anak keduanya selepas tidak berjaya melakukan Vaginal Birth After Caesarean (VBAC) seperti yang diharapkan.

 

Advertisement

Menerusi Instastory, Intan menjelaskan usia kandungannya ketika itu sudah hampir mencecah 40 minggu, namun kedudukan bayi tidak mengizinkan dia meneruskan hasrat untuk bersalin secara normal.

 

“Untuk yang tanya, tidak, saya tak berjaya untuk VBAC. Kandungan sudah hampir cecah 40 minggu tapi posisi bayi tidak mengizinkan saya untuk melalui proses VBAC seperti yang saya harapkan. 

 

“Akhirnya, kami mengambil keputusan untuk teruskan dengan elective C-section secepat yang mungkin, untuk pastikan bayi lahir dengan selamat,” katanya.

 

Menurut Intan, dia sudah mencuba pelbagai cara dan melakukan banyak perkara dengan harapan dapat bersalin secara VBAC.

 

Bagaimanapun, pelakon itu akhirnya akur dengan ketentuan Ilahi dan percaya setiap perkara yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri.

 

“Saya cuba dan lakukan macam-macam dengan harapan untuk VBAC, tapi akhirnya, Allah sudah merancang perjalanan yang terbaik untuk saya. Saya belajar untuk percaya pada perancangan Allah,” ujarnya.

 

Dalam pada itu, Intan turut meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan doktor yang terbaik dan proses pembedahan berjalan dengan lancar.

 

“Alhamdulillah, saya bersyukur ada doktor terbaik dan semuanya berjalan lancar. Mommy dan baby selamat dan sihat, itu yang penting. My heart is so full. Alhamdulillah for everything,” katanya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement