Aktres Jun Ji Hyun kini berdepan masalah dengan ‘pasaran China’ gara-gara melafazkan dialog berkaitan negara itu dalam drama terkini lakonannya, Tempest.
Ji Hyun bukan sahaja menimbulkan kemarahan warga China tetapi turut menerima tempias terhadap kariernya apabila beberapa jenama mewah antarabangsa memutuskan kerjasama yang terjalin.
Advertisement
Antara jenama yang dilihat menghentikan dan menurunkan iklan yang menggunakan khidmat Ji Hyun dalam kempen mereka termasuklah Louis Vuitton, La Mer dan Piaget .
Menerusi laporan China Global Times: “Pendapat masyarakat telah menekan pemain industri termasuk jenama mewah antarabangsa yang diwakili Jun Ji Hyun.
“Untuk mengelak terkena impak yang lebih negatif terkait kontroversi yang melanda,
Louis Vuitton, La Mer dan Piaget telah memutuskan kerjasama dengan aktres itu.
“Semua iklan, promosi atau kempen membabitkan Ji hyun telah dihentikan.”
Kontroversi tercetus selepas Ji hyun dalam episod empat drama OTT itu menyebut dialog tentang China yang cenderung suka berperang.
“Mengapa China lebih memilih untuk berperang? Bom nuklear dijatuhkan di sempadan,” katanya mengikut dialog dalam drama bersiri Tempest itu.
Dialog tersebut terus mencetus kontroversi dan menerima kecaman dalam kalangan warga China.