Skip to main content

Hiburan

Gara-Gara Papa Zola & The Geng Datang MeleTOP, Hawa Rizwana & Nabil Ahmad Bertukar Jadi…

Papa Zola The Movie

Sekilas

  • Papa Zola dan kawan-kawan muncul dalam rancangan MeleTOP untuk promosi filem terbaru mereka, dengan kemunculan pertama mereka di dunia nyata bersama pengacara Nabil Ahmad dan Hawa Rizwana.
  • Situasi menjadi kelam-kabut apabila Cimubot masuk ke studio dan menyebabkan Nabil serta Hawa bertukar menjadi karakter animasi dalam dunia simulasi.
  • Filem 'Papa Zola The Movie' mengisahkan pengembaraan Papa Zola dan anak perempuannya, Pipi, dan akan ditayangkan di pawagam mulai 11 Disember ini.

Bagi mempromosikan filem terbaharu, Papa Zola dan kawan-kawan telah memeriahkan rancangan MeleTOP yang dikendalikan Nabil Ahmad dan Hawa Rizwana.

Buat pertama kalinya, Papa Zola, Kachak, Mama Zila keluar ke dunia nyata dan berjumpa dengan duo pengacara ini Selasa lalu.

Kemeriahan mereka walau bagaimanapun terbantut apabila Cimubot secara tiba-tiba masuk ke perkarangan studio akibat dikejar penjahat.

Kachak yang kemudiannya cuba menenangkan Cimubot telah membuatkan ‘power sfera’ itu ketakutan dan menukar dunia nyata menjadi dunia simulasi.

Keadaan itu juga membuatkan Nabil dan Hawa bertukar menjadi karakter animasi buaya dan juga itik.
 
Sehingga artikel ini ditulis, video yang telah dimuat naik di akaun YouTube MONSTA telah meraih lebih 232,000 tontonan serta lebih 13,000 tanda suka.
 
Melihat reaksi penonton pula, anda pasti tak teruja kerana rata-ratanya memberi respon yang sangat luar biasa.

Sinopsis

Filem ‘Papa Zola The Movie’ mengisahkan Papa Zola, seorang guru sekolah dan anak perempuannya yang berbakat, Pipi dalam menjalani pengembaraan kecil yang semakin meningkat dan mencabar.

Eksperimen mereka mempamerkan hubungan kasih sayang mereka dan kecerdasan Pipi, sambil mereka mengharungi situasi aneh bersama-sama.

Jangan lupa untuk saksikan tayangan penuh filem ‘Papa Zola The Movie’ pada 11 Disember ini di pawagam berhampiran anda.

Must-Watch Video

Advertisement