Skip to main content

Viral

Gegar Vaganza 12: 13 Bintang Mara Minggu Kedua, Semak Senarai Penuh Lagu-Lagu Bertema 'Sama-Sama Naik'

lagu_GV12

Tiada penyingkiran pada minggu pertama, justeru kesemua 13 peserta akan kembali ke pentas Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) minggu kedua untuk membuktikan kemampuan vokal masing-masing selepas saingan pembukaan yang sengit minggu ini.

Jom semak senarai lagu untuk minggu kedua Gegar Vaganza 12 menerusi segmen Ada Lagu Ada Lagi:

Advertisement

1. Mendua – My Heart (Irwansyah)

2. Mark Adam – Harus Terpisah (Cakra Khan)

3. Nubhan – Dambaan Pilu (Khai)

4. Rahmat Ekamatra – Siapa Di Hatimu (Rahmat Ekamatra)

5. Krisya – Jawapan Kasih (Amy Mastura)

6. Freshies – Untukmu (Feminin)

7. Ruri Repvblik – Selimut Tetangga (Repvblik)

8. Mell Sakura – Aku, Dia Dan Kamu (Diva)

9. Iskandar Ismail – Warisan Wanita Terakhir (Teacher’s Pet)

10. Korie – Jangan Ada Benci (Casey)

11. Shae – Lelaki (Yuna)

12. Datuk Elaine Kang – Angan Angan (Raja Ema)

13. Shy8 – Sesaat Kau Hadir (Utha Likumahuwa)

13 bintang Gegar Vaganza musim ini adalah Nubhan, Mark Adam, Datuk Elaine Kang, Krisya, Korie, Rahmat Ekamatra, Mell Sakura dan Freshies (Ejie dan Shima).

Dari Indonesia, pentas GV12 turut diserikan dengan kehadiran Shae, Ruri Repvblik serta trio Mendua (Pungky, Sasha & Diana) yang membawa warna muzik tersendiri.

Sementara itu, Singapura tampil dengan bangga menerusi penyertaan Iskandar Ismail, nama yang cukup sinonim dengan keunggulan vokal dan karisma.

Menambah elemen misteri dan kejutan, SHY8 hadir sebagai peserta wildcard musim ini, menjanjikan sentuhan seni yang unik serta kejutan segar yang bakal mencetus fenomena baharu dalam GV-Verse.

Penganjuran Gegar Vaganza pada tahun ini masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri.

Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini akan dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.

Gegar Vaganza V12 bakal bersiaran secara langsung di MBSA Shah Alam mulai 2 November 2025, setiap Ahad, jam 9 malam, dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 104).

GV12 turut boleh disaksikan melalui strim secara On Demand di Astro GO dan sooka.  Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan.

Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan. Layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.

Must-Watch Video

Advertisement