Skip to main content

Hiburan

Gegar Vaganza 12: Keadaan Kesihatan Sudah Baik, Korie Sedia Beraksi Di GV12 - “Sekarang Dah 99.9 Peratus Sembuh”

korie

Penyanyi Korie yang juga bintang Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12), mengakui tidak menyangka masih diberi peluang untuk kembali ke pentas besar selepas lama menyepi dalam dunia nyanyian.

Katanya, tawaran menyertai program itu dianggap satu hadiah besar buat dirinya selepas mengharungi detik sukar akibat masalah kesihatan sebelum ini.

Advertisement

“Sebenarnya, perasaan ini tak percaya. Tiba-tiba dapat tawaran macam ni memang orang cakap kita dah lama tak bernyanyi, orang cakap dah lama tak keluar lah, orang cakap.

“Tapi bila dapat macam ni rasa bangga dengan diri sendiri je sebenarnya. Alhamdulillah. Sebab sebenarnya saya nak try saya punya keupayaan sebenarnya.

“Sebab bukan senang lah masuk GV ni sebenarnya. So ni orang cakap satu macam satu hadiah lah untuk kita,” katanya kepada Gempak.

Tambah adik kepada Ella Aminuddin ini juga, dia mengambil masa agak lama sebelum bersetuju untuk menyertai GV12 kerana berdepan rasa tidak yakin dengan kemampuan diri sendiri.

Bagaimanapun, selepas memikirkan peluang yang datang hanya sekali, dia akhirnya nekad untuk mencuba.

“Sebenarnya, pernah cakap sekali lah (tak nak masuk program realiti) tapi bukan dengan nada yang betul sebenarnya. Kita macam main-main je sebenarnya. Mungkin ada orang salah dengar kan realiti ni. 

“Tapi sebenarnya salah satu sebab kalau betul saya tak nak masuk (program realiti) pun sebab saya tak percaya diri sendiri sebenarnya. Tak confident sebenarnya,” ujarnya.

“Lama sebenarnya (ambil masa nak terima tawaran). Tapi bila dekat offer tahun ni cakap, bila down offer cakap bila lagi aku nak try ni kan, takkan nak ambil lagi. Umur dah semakin meningkat. So kita cuba je lah,” katanya.

Korie yang kini sudah pulih daripada penyakit buah pinggang kronik (CKD) tahap tiga yang dihidapi sejak Ogos 2021 bersyukur kerana kesihatannya semakin baik

“Alhamdulillah sekarang ni dah sembuh lah abang cakap. Tapi nak kata sembuh sepenuhnya itu Allah Maha Kuasa lah. Tapi abang boleh cakap 99.9% abang sembuh. Alhamdulillah.

“Sekarang ni dah macam kak mulakan exercise balik. Jaga balik suara, jaga vokal apa semua lah,” katanya.

Sebelum ini, Korie pernah mendedahkan masalah buah pinggang yang dialaminya menyebabkan berat badannya susut sehingga 16 kilogram dalam tempoh dua bulan, sekali gus menjejaskan pendapatan apabila terpaksa menolak banyak tawaran persembahan sejak dua tahun lalu.

Selain Korie, 12 lagi bintang Gegar Vaganza musim ini ialah Nubhan, Mark Adam, Datuk Elaine Kang, Krisya, Mell Sakura, Rahmat Ekamatra, Freshies (Ejie dan Shima), serta peserta dari Indonesia — Shae, Ruri Repvblik dan trio Mendua (Pungky, Sasha & Diana).

Singapura pula diwakili Iskandar Ismail, manakala SHY8 tampil sebagai peserta wildcard musim ini.

Selain Korie, 12 lagi bintang Gegar Vaganza musim ini adalah Nubhan, Mark Adam, Datuk Elaine Kang, Krisya, Mell Sakura, Rahmat Ekamatra dan Freshies (Ejie dan Shima).

Dari Indonesia, pentas GV12 turut diserikan dengan kehadiran Shae, Ruri Repvblik serta trio Mendua (Pungky, Sasha & Diana) yang membawa warna muzik tersendiri. 

Sementara itu, Singapura tampil dengan bangga menerusi penyertaan Iskandar Ismail, nama yang cukup sinonim dengan keunggulan vokal dan karisma. 

Menambah elemen misteri dan kejutan, SHY8 hadir sebagai peserta wildcard musim ini, menjanjikan sentuhan seni yang unik serta kejutan segar yang bakal mencetus fenomena baharu dalam GV-Verse.

Penganjuran Gegar Vaganza pada tahun ini juga masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri.

Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini akan dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.

Gegar Vaganza V12 bakal bersiaran secara langsung di MBSA Shah Alam mulai 2 November 2025, setiap Ahad, jam 9 malam, dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 104).

GV12 turut boleh disaksikan melalui strim secara On Demand di Astro GO dan sooka.  Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan. 

Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan. Layari www.astro.com.myatau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.

Must-Watch Video

Advertisement