Skip to main content

Hiburan

Gegar Vaganza 12: Nubhan, Mark Adam, Korie, Shae & Mendua Antara Bintang Yang Bakal Merebut Gelaran Juara!

Gegar Vaganza 12

Rancangan realiti nombor satu, Gegar Vaganza (GV) kembali meraikan bintang-bintang legenda era ’80-an dan 2000-an dengan aura baharu. 

Musim kali ini memperkenalkan konsep eksklusif “GV-Verse”, sebuah dimensi yang diinspirasikan daripada aura dan keunikan bintang-bintang Gegar Vaganza 12 (GV12)  yang mempunyai kelebihan mereka tersendiri sehingga ke hari ini.

Musim ini, Astro mempersembahkan 13 barisan peserta solo dan kumpulan dari Malaysia, Indonesia dan Singapura yang bakal menampilkan kehebatan seni serta menghidupkan kembali pentas dengan persembahan yang penuh pesona dan luar biasa.


Mewakili Malaysia, barisan peserta Gegar Vaganza GV12 menampilkan nama-nama hebat seperti penyanyi solo Dato’ Elaine Kang, Krisya, Mell Sakura, Korie, Rahmat Ekamatra, Mark Adam dan Nubhan, bersama duo pop Freshies (Ejie dan Shima) yang bakal menghidupkan semula pesona irama tempatan.

Dari Indonesia, pentas GV12 turut diserikan dengan kehadiran Shae, Ruri Repvblik serta trio Mendua (Pungky, Sasha & Diana) yang membawa warna muzik tersendiri. 

Sementara itu, Singapura tampil dengan bangga menerusi penyertaan Iskandar Ismail, nama yang cukup sinonim dengan keunggulan vokal dan karisma. 

Menambah elemen misteri dan kejutan, SHY8 hadir sebagai peserta wildcard musim ini, menjanjikan sentuhan seni yang unik serta kejutan segar yang bakal mencetus fenomena baharu dalam GV-Verse.

Berikut adalah senarai penuh bintang GV 12: 










Penganjuran Gegar Vaganza pada tahun ini juga masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri.

Advertisement

Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini akan dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad. 

Gegar Vaganza V12 bakal bersiaran secara langsung di MBSA Shah Alam mulai 2 November 2025, setiap Ahad, jam 9 malam, dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 104).

GV12 turut boleh disaksikan melalui strim secara On Demand di Astro GO dan sooka.  Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan. 

Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan. Layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.

Must-Watch Video

Advertisement