Skip to main content

Hiburan

Gegar Vaganza 12 RECAP: SHY8 Hampir Sahaja 'Pulang', Nubhan Pula Nombor Satu! Jom Semak Komen & Markah Minggu Ketiga

SHY8

Bintang Gegar Vaganza 12 (GV12), SHY8 mampu menarik nafas lega selepas tiada penyingkiran diumumkan di segmen Ada Lagu Ada Lagi. 

Menyampaikan lagu Camelia II nyanyian asal daripada Ebiet G Ade, SHY8 memperoleh markah keseluruhan sebanyak 54.25 peratus daripada juri-juri tetap. 


Selain SHY8, turut berada di tangga tiga terbawah adalah Shae dan Datuk Elaine Kang. 

Berikut merupakan recap komen dan markah penuh Gegar Vaganza minggu ketiga:

Iskandar Ismail - Bourgenvilla

Hetty Koes Endang: Saya baru tiga minggu kenal karakter vokal, menurut saya kamu ada nada tinggi yang tak sakit untuk kita dengar. Apa yang saya suka tembakan yang kamu buat tepat, vibra kamu sangat unik. Kamu aman malam ini. 


Krisya - Di Pintu Syurga

Datuk Syafinaz Selamat: Saya sangat suka bila nada-nada rendah, hari ini punya imej sangat cantik. Di penghujung awak kena amik peluang untuk vokal awak sebab saya rasa awak ada peluang yang sangat cerah. Persembahan hari ini sangat stabil.


SHY8 - Camelia II

Hetty Koes Endang: Kamu kena berlatih untuk buka rongga itu, sebab saya  yakin kamu sudah lama tidak menyanyi jadi perlu biasakan


Mendua - Aku Cinta Padamu 


Datuk Syafinaz Selamat: Saya suka bila dengar kamu berdua nyanyi, ada dinamik. Persembahan hari ini kreatif tapi tidak over do, saya rasa ada yang kamu show off tapi masih juga mengawal. Sangat bagus. 


Korie - Kelmarin 

Hetty Koes Endang: Feel kamu okay, cuma tempo kamu kurang sikit. Kamu kena serap feel daripada muzik tapi semuanya baik. 

Datuk Ramli M.S: Ini dunia nyata, kamu kena buang rasa malu. Kamu sangat untung dapat lagu ini sebab ini lagu sedih jadi kamu dah ada semula jadi. 


Shae - Risalah Hati 

Datuk Syafinaz Selamat: Kamu letak drama dalam nyanyian kamu tapi kadang-kadang akan bunyi tak manis, kamu kena betulkan teknik nyanyian kamu. Di hujung kamu kena lihat kamu punya legato. Apa yang saya suka dengan persembahan kamu ialah kamu bersiap 

Datuk Ramli M.S: Attitude menyanyi begini bagus tapi susah untuk hold nada jadi susah. 


Mark Adam - Seribu Tahun Lagi 

Datuk Ramli M.S: Rentak dia kamu sudah ada, kamu cikgu vokal tapi banyak teori cuma tidak dipraktik. 


Freshies - Hanya Memuji

Datuk Ramli M.S: Hari ini banyak kurang, tempo tapi meriah. Solo bila masuk ada karakter tapi note dia tak betul. hati -hati dengan tumpuan kamu berdua.


Mel Sakura - Kesetiaan 

Hetty Koes Endang: Kalau menurut saya, pengambilan nada lepas, penjiwaan bagus tapi sebagai penyanyi kalau terlalu mendalam nada ia boleh jadi flat. 


Rahmat Ekamatra - Kerana 

Hetty Koes Endang: Kamu memang punya karakter yang lain dari peserta lain. Pada saat mula itu kena hati-hati. Kerana masa masuk tu macam mengejut sangat tapi semua masih aman. 


Ruri Repvblik - Aku Cinta Kau Dan Dia

Datuk Ramli M.S: Bila kamu berteka-teki, nota itu akan terganggu. Jadi hati-hati. 


Nubhan - Bintang 

Datuk Syafinaz Selamat: Gunakan pengalaman yang anda anda untuk suntik emosi dalam nyanyi awak. Bukan nyanyian awak tak sampai tapi setiap persembahan awak boleh gunakan perasaan itu. Persembahan awak mantap tapi kena lihat teknik nyanyian awak 



Datuk Elaine Kang - 上海滩 

Hetty Koes Endang - Satu pun tiada komen dari saya, sebab saya enjoy. Baju kamu geprek. Semoga rezeki kamu masih ada tapi hati-hati note terakhir banyak flat 

Datuk Ramli M.S: Dia nampak selesa sebab itu dia punya forte, tapi kita masih kira dari segi teknik.


Berikut adalah keputusan penuh peserta GV12 mengikut ranking:

 

Must-Watch Video

Advertisement