Skip to main content

Rancangan TV

Gegar Vaganza 12: Tepati Ramalan, Iskandar Ismail Dinobat Sebagai Juara

Gegar Vaganza 12

Sekilas

  • Iskandar Ismail dinobatkan juara Gegar Vaganza 12 dan membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, set ruang tamu serta trofi.
  • Mendua, Nubhan, Mark Adam, Mell Sakura dan Ruri Repvblik masing-masing mendapat tempat kedua hingga keenam dengan hadiah wang tunai dan set perabot tajaan Empire Reka.
  • Mark Adam juga menerima anugerah Ikon Semangat No 1 Digi bersama wang tunai RM4,000 dan ‘Golden Mic’.

Pentas Gegar Vaganza 12 (GV12) melabuhkan tirai dengan menyaksikan Iskandar Ismail dinobat sebagai juara bagi edisi kali ini.  Hasil kemenangan tersebut Iskandar telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, set ruang tamu tajaan Empire Reka berserta trofi.  Iskandar mendendangkan lagu Madah Berhelah, Senja Nan Merah duet bersama Jaclyn Victor, Cerita Kedai Kopi dan Pink Venom untuk segmen Battle bersama Nubhan serta Mell Sakura.  Tempat kedua pula disandang oleh Mendua yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000, set ruang makan tajaan Empire Reka beserta trofi.

Manakala Nubhan yang berada di tempat ketiga membawa pulang RM30,000, set ruang tidur tajaan Empire Reka beserta trofi.  Sementara itu, Mark Adam yang dinobatkan sebagai pemenang tempat keempat telah membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000, set perabot tajaaa Empire Reka beserta trofi.

Selain itu, Mark Adam juga merupakan penerima Ikon Semangat No 1 Digi dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM4,000, beserta ‘Golden Mic’.

Dalam pada itu, satu-satunya finalis wanita iaitu Mell Sakura pula dinobatkan sebagai pemenang tempat kelima dan membawa pulang RM15,000, set perabot tajaan Empire Reka berserta trofi.

Manakala, Ruri Repvblik pula meraih tempat keenam, sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000, sumbangan Uphamol, set perabot tajaan Empire Reka berserta trofi.

Berikut merupakan senarai penuh pemenang Gegar Vaganza 12:

Juara: Iskandar Ismail
Naib Juara: Mendua
Tempat Ke-3: Nubhan
Tempat ke-4: Mark Adam
Tempat ke-5: Mell Sakura
Tempat ke-6: Ruri Repvblik
Ikon Semangat No 1 Digi: Mark Adam 
 

Gegar Vaganza 12 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Sherry AlHadad bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu.

Kesemua finalis diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.

Must-Watch Video

Advertisement