Skip to main content

Selebriti

Gegar Vaganza 13: Nama Dipetik Jadi Juri, Ogy Ahmad Daud Respons - “Saya Tak Layak…”

Gegar Vaganza 13: Nama Dipetik Jadi Juri, Ogy Ahmad Daud Respons - “Saya Tak Layak…”

Sekilas

  • Datuk Ogy Ahmad Daud menolak cadangan untuk kembali menjadi juri di Gegar Vaganza Fantasia (GV13) kerana pengalaman sebelum ini kritikan beliau sukar diterima.
  • GV13 akan menampilkan peserta popular seperti Vince, Zahid, Mawi, dan Stacy, dengan hos Nabil Ahmad, Jihan Muse, dan Sherry Alhadad mengemudi program.
  • Barisan juri kekal dengan Dato’ Ramli MS, Hetty Koes Endang, dan Datuk Syafinaz Selamat, manakala GV13 akan bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria dan boleh distrim di Astro GO dan Sooka.
Advertisement

Pelakon, Datuk Ogy Ahmad Daud memberikan respons terhadap cadangan segelintir pihak yang mahu melihat dirinya kembali menggalas tanggungjawab sebagai juri menerusi program Gegar Vaganza Fantasia (GV 13) yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Ogy atau nama sebenarnya Fauziah Ahmad Daud menegaskan bahawa dirinya tidak perlu dicalonkan untuk mengisi posisi tersebut.

Advertisement

Menurut Ogy, pengalaman ketika menjadi juri program Akademi Fantasia (AF) sebelum ini menyaksikan pandangan dan kritikannya sukar diterima oleh segelintir pihak.

“Eh tak perlu lah petik nama saya. Saya tak layak. Dulu di AF pun ramai kan yang tak boleh menerima kritikan dan pandangan saya,” tulisnya.

Bagaimanapun, Ogy menyatakan rasa terharu apabila namanya masih diingati dan dicadangkan untuk mengisi kerusi juri program berkenaan.

“Maka itu tidak perlu memetik nama saya pun ya. Terima kasih masih ingat kepada saya @mahfurizal,” coretnya.

Advertisement

Sekadar info, GV13 bakal menampilkan Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Mila, Stacy, Shahir, Faizul dan juga Firman berentap untuk merebut gelaran juara di pentas berprestij ini.

Menambahkan lagi keterujaan musim ini, GV13 akan terus digerakkan oleh trio hos kegemaran ramai iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.

Sementara itu, barisan juri pula masih mengekalkan tiga nama besar yang cukup dihormati dalam industri muzik, iaitu Dato’ Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

Berlangsung selama 11 minggu, ‘GV13’ akan bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.

Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan Sooka. 

 

Anda mungkin berminat dengan

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung STELLA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung STELLA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

Must Watch Video

Advertisement