Skip to main content

Hiburan

Gelagat Ijoy Tiru Gaya Anak-Anak Raih Pujian Netizen - “Maknanya Rapat Sangat Dengan Anak Sampai Tahu….”

Astro Gempak 576

Sekilas

  • Suami Sharifah Shahirah, Ijoy, mencuri perhatian netizen dengan video meniru gaya dan karakter anak-anak mereka secara tepat.
  • Video tersebut mendapat pujian ramai kerana menunjukkan keakraban dan kefahaman Ijoy terhadap perangai setiap anaknya.
  • Sharifah Shahirah dan Ijoy berkahwin sejak 2003 dan dikurniakan empat anak bersama, selain anak tiri hasil perkahwinan pertama Sharifah.
Advertisement

Gelagat suami kepada penyampai radio dan pelakon Sharifah Shahirah, Ijoy sekali lagi mencuit hati netizen apabila berkongsi video memaparkan Ijoy meniru gaya dan karakter setiap anak mereka.

Menerusi video yang dimuat naik dalam media sosial, Ijoy dilihat menampilkan pelbagai ekspresi dan mimik muka yang dikatakan menyerupai anak-anaknya sehingga mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Advertisement

Menjengah ke ruangan komen, ramai memuji keakraban hubungan Ijoy dengan anak-anak sehingga mampu meniru karakter mereka dengan begitu tepat.

“On another side, ayah dia memang rapat dengan anak-anak. Dia kenal dan boleh tiru balik karakter anak-anak. Kudos ayah!”
“Ya Allah, sebijik bapaknya buat gaya mulut dengan gambar nombor dua. Betul-betul pelakon, memang kena gayanya dengan setiap anak.

“Maknanya ayah dia rapat sangat dengan semua anak sampai tahu perangai masing-masing. Love,” katanya.

Untuk rekod, Sharifah Shahirah dan Ijoy mendirikan rumah tangga pada 2003 da  Allisya adalah anak hasil perkahwinan pertama Shiera dengan penyanyi Black Dog Bone, Jatt, manakala bersama Ijoy, pasangan itu dikurniakan empat anak iaitu Airel, 20; Airra,17; Audra,15; dan Adeena, 8.

 

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

Must Watch Video

Advertisement